"Tolong sampaikan kepada_______bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Baginda d. Beliau apakah jawapan bagi soalan ini? Sila beri penjelasan. Terima kasih. | "Tolong sampaikan kepada beliau bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. Tengku Azman bukanlah seorang raja atau sultan, maka kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah beliau. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Salam sejahtera. Apakah kata ganti nama diri yang sesuai? Tuan Puteri tidak hadir kerana ( ) gering. Bolehkah permaisuri, putera dan puteri gunakan beta, tuanku dan baginda? Jika tidak boleh, apakah gelaran yang betul? Terima ksih. | Tuan puteri bermaksud anak perempuan raja, sultan, maharaja dan sebagainya. “Beta” merupakan kata ganti nama diri pertama untuk raja, permaisuri atau anak raja apabila bercakap dengan orang yang berpangkat lebih rendah, orang bawahan atau rakyat. Manakala, gelaran “Tuanku” dikhususkan terhadap raja, sultan atau isteri baginda. Gelaran “Baginda” pula merupakan kata ganti diri ketiga bagi raja, khalifah atau nabi. Oleh itu, ayat “Tuan puteri tidak hadir kerana gering” sudah mantap dari segi binaannya tanpa perlu meletakkan kata ganti nama diri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 172, 280, 2409, 2410 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 81 – 87. | Tatabahasa | 11.09.2025 |
"Tolong sampaikab kepada_____bahawa cucunda jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Beliau d. Baginda Saya telah mendapat jawapan daripada tuan bahawa jawapan ialah BELIAU. tetapi saya mendapati jawapan ialah BAGINDA. apakah jawapan? Sila berikan penjelasan. Terima kasih. | Jawapan pertama ialah beliau kerana adanya frasa cucunda Tengku Azman. Tengku Azman bukanlah seorang sultan atau raja, melainkan digelar Sultan Azman. Dalam ayat yang kedua ini kata ganti nama baginda boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2014 |