Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ro.da] | ݢرودا

Definisi : sj burung dlm sastera lama, burung rajawali besar, helang besar (kenaikan Visynu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ro.da] | ݢرودا

Definisi : nama sj burung yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geroda

Puisi
 

Mengkudu masak sepanggal,
     Dimakan burung geroda;
Dayang duduk sepanggal,
     Ekor matanya ke mari juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya tertarik dengan hantaran Twitter DBP di mana salah satu daripada intinya adalah kecelaruan ejaan burung legenda iaitu geroda (garuda salah). Mengapakah DBP, apabila menyusun dan menerbitkan Kamus Dewan menggunakan geroda sebagai ejaan baku (Indonesia menggunakan garuda sebagai yang ejaan baku) walhal secara lazimnya dalam percakapan dan penulisan, garuda lebih banyak digunakan. Apakah pewajaran tersebut? Mungkin boleh berkongsi supaya dapat diberi penjelasan kepada mereka yang seakan-akan 'marah' dan 'maki hamun' apabila dibetulkan ejaan garuda ke geroda.Soalan saudara akan dipanjangkan ke bahagian Perkamusan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.Lain-lain09.03.2018
bagaimana untuk mengetahui bahawa sesuatu perkataan itu berimbuhan sisipan. Seperti perkataan geroda tidak mungkin ia daripada perkataan goda atau berudu tidak mungkin dari perkataan budu. Adakah kemuncak imbuhan sisipan dari kata dasarnya puncak? Sekian terima kasih.

Saudara,

Untuk mengetahui sama ada sesuatu perkataan itu berimbuhan atau tidak, saudara hendaklah menggunakan kamus. Kamus hanya menyenaraikan  kata tunggal atau kata dasar  sesuatu perkataan.

Lain-lain21.10.2010
saya nuriah pohetae belajar universiti fatoni saya ingin bertanya tentang asal usul perkataan Garuda `itu bahasa sanskit atau tidakKamus Dewan memasukkan entri geroda (garuda dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia), namun tiada asal kata bagi perkataan tersebut dalam kedua-dua kamus ini.Tatabahasa22.09.2014
Saya Asnee Maming sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar.Saya ingin bertanya DBP perkataan "garuda" berdasar dari bahasa apa? dan apa maknanya? Terima kasihPerkataan ‘geroda’ ialah sejenis  burung dalam  sastera lama, burung rajawali besar, helang besar.Makna24.09.2014
Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi.

Saudara,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain19.12.2009

Kembali ke atas