Apakah maksud 'hospis' dengan lengkap? | Untuk makluman, tidak terdapat maksud "hospis" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "jagaan hospis (hospice care)" dalam bidang Gerontologi yang bermaksud "Penjagaan yang diberikan kepada individu yang tidak mempunyai peluang untuk sembuh." | Makna | 26.09.2013 |
Saya ada terbaca tentang "latihan sukarekawan sukan sea 2017 Kohort 10" Perkataan "KOHORT" itu adakah istilah bhs inggeris atau dalam BM? Apakah yang dimaksudkan dgn kohort? Terima kasih | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan istilah sumber bagi perkataan kohort dalam bahasa Inggeris ialah Cohort. maksud kohort dalam bidang gerontologi ialah kumpulan individu yang dilahirkan pada tempoh yang sama, tetapi tidak semestinya pada tahun yang sama manakala dalam bidang sosiologi ialah kumpulan taksonomi tidak tetap yang digunakan dalam cara berlainan oleh pakar yang berlainan, misalnya kumpulan dalam taraf di atas superorder, kumpulan di antara kelas dan order, atau kumpulan famili yang berkaitan. | Makna | 13.03.2017 |