Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata getah

Puisi
 

Naik ke darat memotong getah,
     Ambil sekerat ampaian kain;
Bagaimana tanah nak basah,
     Hujan menimpa di tempat lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba.

Bermaksud :

Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah?Frasa yang betul ialah paip getah.Tatabahasa10.07.2012
Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Jika sebatang kayu dipotong mengeluarkan getah dipanggil getah pokok.. tetapi bagi batang yang mengeluarkan air apa yang harus kita panggil adakah jus batag pokok atau air batang pokok..Istilah yang sesuai ialah air batang pokok.Istilah06.05.2014
Penggunaan penjodoh bilangan manakah yang betul? i) seketul getah pemadam ii) sebiji getah pemadamPenjodoh bilangan yang betul ialah ii) sebiji getah pemadam.Tatabahasa09.04.2013
Lembaga Getah Malaysia akan menyambut ulang tahun penubuhannya dengan tema 100 Tahun Penyelidikan Getah. Adakah boleh dan betul dari segi bahasa sekiranya tema tersebut menggunakan frasa Seabad Penyelidikan Getah?Tema tersebut betul dan boleh digunakan.Tatabahasa28.06.2024
Salam, sekali lagi saya ingin bertanyakan soalan kepada pihak tuan/puan. Ayat manakah yang lebih tepat sama ada 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' atau 'Kad Jualan Pekebun Kecil Getah'. Untuk makluman tuan/puan, salah satu ayat di atas akan digunakan untuk dicetak ke atas Kad yang akan digunakan oleh pekebun kecil untuk menjual getah mereka kepada peniaga getah. Mohon pihak tuan/puan untuk mengkaji penggunaan bahasa pada ayat-ayat di atas atau memilih salah satunya supaya satu ayat yang lebih tepat dan menunjukkan identiti kad tersebut dapat dihasilkan sebelum ianya dicetak ke atas kad. Terima kasih.

Encik Mohd Termizi,

Jawapan yang betul ialah 'Kad Pendaftaran Jualan Pekebun Kecil Getah' terima kasih.

Tatabahasa25.02.2010
menoreh getah ialah frasa kerja transitif atau tak transitif? Kalau ayatnya ialah: Bapa Aminah menoreh getah setiap pagi, dapat dipasifkan tak?Menoreh ialah kata kerja transitif. Ayat tersebut boleh diaktifkan menjadi "Getah ditoreh oleh bapa Aminah setiap pagi".Tatabahasa02.03.2015
1.Ali mengutip gelang getah yang jatuh itu ke tanah. 2.Ali mengutip gelang getah yang jatuh ke tanah itu. Ayat manakah yang betul?Ayat yang betul ialah "Ali mengutip gelang getah yang jatuh ke tanah itu."Lain-lain12.09.2022
Sekiranya gambar getah pemadam berbentuk segi empat, apakah penjodoh bilangan yang betul? se__________ getah pemadamPenjodoh bilangannya ialah sebiji.Tatabahasa08.05.2008
apakah penjodoh bilangan bagi getah pemadamTidak perlu menggunakan penjodoh bilangan untuk "getah pemadam", jika hendak menggunakannya juga boleh menggunakan "biji". Harap maklum.Makna05.04.2013
Adakah istilah ini wujud "silikon getah" ? Atau sebenarnya hanya "silikon" sahaja?Istilah "silikon getah" wujud dan digunakan dalam kejuruteraan automotif.Istilah13.03.2014
1234567

Kembali ke atas