1.Ali mengutip gelang getah yang jatuh itu ke tanah. 2.Ali mengutip gelang getah yang jatuh ke tanah itu. Ayat manakah yang betul? | Ayat yang betul ialah "Ali mengutip gelang getah yang jatuh ke tanah itu." | Lain-lain | 12.09.2022 |
Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Jika sebatang kayu dipotong mengeluarkan getah dipanggil getah pokok.. tetapi bagi batang yang mengeluarkan air apa yang harus kita panggil adakah jus batag pokok atau air batang pokok.. | Istilah yang sesuai ialah air batang pokok. | Istilah | 06.05.2014 |
Assalam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan yang leih sesuai. 1) Pungutan ses getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Perkataan yang sesuai adakah 'cara' atau 'kaedah'. 2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document' 3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'? 4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Sebagai contoh cukai penyelidikan hanya kepada penyelidikan dan tidak melibatkan pembangunan. Adakah 'pembangunan' bermaksud semata-mata membangunkan bangunan atau 'pembangunan' juga merangkumi aspek di dalam penyelidikan. Mohon untuk mendapat maklumbalas daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | 1) Pungutan susu getah pada masa ini dilakukan melalui dua 'cara' atau 'kaedah'. Kedua-duanya boleh digunakan. 2) 'Dokumen Asal' atau 'dokumen asli' - ini merujuk kepada untuk mendapatkan 'original document'. 'Dokumen Asal' paling sesuai. 3) Mengeluarkan 'Notis' atau 'Surat' Tuntut Penjelasan terhadap pengisytiharan yang tidak tepat. Perkataan yang sesuai adakah 'notis' atau 'surat'. Kedua-duanya boleh digunakan. 4) Penyelidikan dan Pembangunan - adakah dua perkataan ini mewakili satu maksud yang sama atau penyelidikan memberi maksud yang lain daripada pembangunan. Merujuk kepada data kami definisi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Sebagai contoh kami akan menerajui bidang penyelidikan, pembangunan dan latihan untuk membangunkan tahap...
| Lain-lain | 24.04.2019 |
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |
adakah perkataan 'merekat' sama ertinya dengan perkataan 'melekat'? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, merekat bermaksud melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding. Manakala melekat pula membawa maksud 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu melekat pada batang pisang. 2 mudah melekit (berkenaan getah cair, kanji dll): Getah ini melekat, jangan dipegang. 3 rapat sekali (berkenaan persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya lekat pada peti televisyen sejak tadi lagi. | Ejaan | 16.02.2015 |
Assalammualaikum tuan, Saya Tarmizi daripada Lembaga Getah Malaysia ingin memohon bantuan untuk mendapatkan ayat yang lebih sesuai diantara ayat dibawah:- 1)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun. 2)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun dan menuntut semula barang-barang yang disita. 3)Memohon perlucuthakan di mahkamah dalam tempoh 90 hari selepas permohonan menuntut semula barang-barang disita oleh OKS yang telah menjelaskan bayaran kompaun. Saya memohon kerjasama tuan untuk mendapatkan ayat yang lebih tepat antara ketiga-tiga diatas atau jika tuan mempunyai pandangan lain juga dialu-alukan. terima kasih. | Jika ayat yang ditanya tidak dipetik daripada mana-mana sumber perundangan, cadangan kami: Memohon perlucutan hak di mahkamah dalam tempoh 90 hari bagi OKS bagi menuntut semula barang-barang yang disita dan telah menjelaskan bayaran kompaun.
| Tatabahasa | 03.08.2012 |
Menterjemahkan perkataan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia1. Write-off (fixed assets) 2. Pecured rubber 3. Retread tyres | 1. Write-off = hapus kira 2. Precured rubber = getah praawet 3. Retread tyres = tayar celup | Istilah | 03.10.2002 |
SOALAN 1 MENGIKUT ENTRI Kamus Dewan: Makna MENEMUI 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: CONTOH AYAT YANG DIBERI: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut. ENTRI MENEMUKAN, MAKNA 2. memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. KEMUSYKILAN: Adakah bererti kedua-dua kata MENEMUI / MENEMUKAN pun boleh digunakan dalam ayat ini? APAKAH BEZANYA? SOALAN 2: Kita akan dapat MENEMUIKAN persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut. BETUL ATAU SALAH? JAWAPAN DIBERI OLEH BUKU SALAH. TETAPI, BUKANKAH BOLEH dijelaskan menggunakan MENEMUKAN MAKNA ENTRI 2.? TERIMA KASIH. | Berdasarkan makna ketiga menemui iaitu sama makna dengan menemukan, berjumpa dengan apa yang dicari, ayat "Kita akan dapat menemui/menemukan (bukan menemuikan) persamaan jika kita membaca kedua-dua novel tersebut" adalah betul. | Tatabahasa | 28.06.2011 |
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos? | Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menyalurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 14.04.2010 |
1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan. | Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak. 1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata; 2. Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: | Tatabahasa | 09.02.2010 |