soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih. | 1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa. 4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya. 5. Ayat a, b, c, dan d betul.
| Tatabahasa | 24.03.2013 |
Meskipun dugaan yang dihadapi oleh Ayeena itu tidaklah terlalu getir, namun dia menangis semahu-mahunya. Inilah soalan PMR, bedasarkan ayat ini, perkataan "dihadapi" adalah salah diguna. Saya tidak memahami tentang jenis kesalahannya, dan ingin meminta tunjuk ajar tuan/ puan. Terima kasih. | Penggunaan kata "hadapi" dalam ayat tersebut adalah betul sama seperti ayat Masalah pencemaran udara sering dihadapi oleh negara-negara yang sedang membangun. Sila berbincang dengan Lembaga Peperiksaan yang menyediakan soalan tersebut untuk mengenal pasti kesalahan yang dimaksudkan. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Saya ada beberapa persoalan: 1. Jualan maklumat kad kredit berharga di antara RM1 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 2. Dia sering mendapat wang saku di antara RM200 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 3. Chong Wei bakal berdepan tugas getir di final malam ini. (Apakah penggunaan di itu betul). Sekian terima kasih | Untuk ayat 1 dan 2 penggunaan kata sendi nama 'antara' betul kerana kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Manakala untuk ayat 3 kata sendi nama 'pada' yang betul, iaitu menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya. | i. Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....." ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit". | Lain-lain | 28.06.2016 |