| Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat menyebut maksud getus ialah memetik (bunga, daun, dll) Menggetis, menggentis. Sedangkan kita biasa melihat ayat seperti "getus fikiranku lagi." Adakah maksud lain untuk getus selain maksud di atas, sebab kita biasa melihat penggunaan getus dalam ayat novel. Atau sebenarnya ia contoh salah guna perkataan. Terima kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP diterbitkan pada tahun 2005. Merujuk korpus daripada pangkalan DBP yang dikumpukanl hingga tahun 2014, terdapat penggunaan yang kerap perkataan "getus" yang berkaitan dengan hati seperti yang puan tanya. DBP memang telah memasukkan perkataan ini sebagai entri dalam kamus terkini yang sedang diusahakan. Contoh penggunaan: | Biar aku kejutkan mereka, | getus | hati kecil gadis lima belas tahun itu lagi. | | Makna | 19.02.2014 |