Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ghaib] | ‌غاءيب

Definisi : 1 tidak dpt dilihat; tersembunyi: Bomoh-bomoh biasanya menggunakan ilmu ~ utk mengubati sebarang penyakit. 2 tidak ada lagi; hilang dgn tidak semena-mena: Setelah orang tua itu berkata-kata, ~lah ia. 3 tidak diketahui sebab-sebabnya dll; ajaib: Peristiwa yg ~ itu menghairankan semua orang. mengghaibkan menjadikan ghaib; menghilangkan: Ahli silap mata itu berjaya ~ barang-barang yg ada di atas meja itu. keghaiban hal atau keadaan ghaib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ghaib

Puisi
 

Kelip-kelip kusangka api,
     Kalau api mana asapnya? Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD PERKATAAN KASYAFKasyaf berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud (berkenaan ahli sufi) penyingkapan rahsia alam ghaib melalui pandangan mata hati.Makna23.06.2009
ERTI PERKATAAN MAGISMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~.Lain-lain01.06.2010
syirik, tahyul,khurafatMenurut Kamus Dewan, syirik bermaksud perbuatan menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan atau perbuatan, misalnya percaya adanya kuasa ghaib selain Allah, memuja berhala dsb. Tahayul pula dimaksudkan sebagai hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan. Tahayul juga ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada). Contoh ayat: Menurut tahayul orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali. Khurafat pula ditakrifkan sebagai kepercayaan yg karut, dongeng dan tahayul.Makna02.10.2007
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra.Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib.Makna25.10.2009
1 Apakah penjodoh bilangan untuk hantu? 2 Yang mana betul? a) Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku? b) Marilah kita nyanyikan lagu Negaraku? c) Janganlah kamu meniru perbuatannya. d) Janganlah kamu tiru perbuatannya.

1. Tidak semua benda perlukan penjodoh bilangan, lebih-lebih lagi benda yang ghaib seperti hantu.

2. Yang betul ialah "Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku" kerana ini ayat aktif.

3. Yang betul ialah "Janganlah kamu meniru perbuatannnya" kerana ini ayat aktif

Lain-lain30.04.2009
apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual....

Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak =  budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut.

Makna02.07.2008
apakah perkataan hikmat dan hikmah itu ada kalanya seerti dan boleh digunakan secara berselang-seli (interchangeably) seperti ibadah dan ibadat? jejari jejari@gmail.com

Berikut disertakan makna 'hikmat' dan 'hikmah' untuk saudara teliti perbezaannya. 

Hikmat:1. kepandaian, bijaksana 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu.

Hikmah: 1. kebijaksanaan drpd Allah, kecerdikan 2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb).

Makna08.08.2009
saya ingin mengetahui huraian tentang perkataan di bawah dari mana berasal.asal usul dan apa saja yang berkaitan dengannya secara jelas dan lengkap.perkataannya ialah 1.PANTUN 2.SYAIR 3.GURINDAM, 4. SELOKA 5.MENTERA 6.TEROMBA 7.NAZAM.Mengikut Kamus Dewan makna perkataan-perkatan berikut ialah: 1) Pantun - sj puisi lama yg biasanya terdiri drpd empat baris dlm tiap-tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yg selainnya mengandungi maksudnya); 2) Syair - sj karangan bersajak (tiap-tiap rangkap terdiri drpd empat baris yg sama bunyi hujungnya); 3) Gurindam - sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); 4) Seloka - sj puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll); 5) Mentera - kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; 6) Teromba - sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. 7) Nazam -Ar sj gubahan puisi (spt sajak, syair). Untuk mengetahui makna setiap perkataan itu dengan lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau IPTA.Lain-lain03.12.2007
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010

Kembali ke atas