Bangaimanakah saya boleh memastikan penggunaan kata dan struktur ayat saya dalam bahasa Melayu adalah betul & tepat? | Pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai bantuan menentukan penggunaan kata dan struktur ayat bahasa Melayu antaranya 1. 1. Merujuk kepada laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP https://prpm.dbp.gov.my/ sebagai rujukan pantas. 2. 2. Merujuk kepada Tatabahasa Dewan sebagai rujukan yang lebih komprehensif. Terdapat banyak buku mengenai perkara ini, antara yang dicadangkan ialah 1. 1. Sehari Sepatah Kata - Noresah Baharum 2. 2. Soal Jawab Bahasa – Abdul Ghalib Yunus | Lain-lain | 09.01.2022 |
Tajuk Soal: "Di satu pihak" atau "Pada satu pihak"? Selamat petang tuan DBP. Saya kurang pasti akan pemilihan antara dua frasa, "di satu pihak" atau "pada satu pihak". Satu ayat misal saya nukilkan daripada buku Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (2000) oleh Awang Sariyan: (1) Ertinya saya tidak menitikberatkan soal wujudnya golongan pengguna bahasa Melayu tinggi yang sekali gus membayangkan kelas menegah atau atasan di satu pihak dan golongan pengguna bahasa Melayu rendah yang terdiri daripada kelas bawahan di satu pihak. Adakah frasa "di satu pihak" tepat akan peraturan kata sendi? Setahu saya, kata sendi "di" digunakan untuk menunjukkan tempat sesuatu benda atau orang berada. Walau bagaimanapun, saya merasakan bahawa "pada satu pihak" lebih ghalib digunakan orang marcapada, tetapi apakah rasional atau dasar di balik penggunaan itu? Penggunaan tersebut bersandarkan peraturan apa? Minta tuan tafsir soal ini. | Penggunaan yang betul ialah pada satu pihak. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu serta sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 14.08.2016 |