teknologi | tek-no-lo-gi | Lain-lain | 10.11.2008 |
Terdapat perkataan seperti pedagogi, morfologi dan fonologi. Apakah maksud gi di belakang setiap perkataan itu dan apakah fungsinya? | Puan Siti, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Kerana persoalan ini memerlukan sedikit kajian maka saya akan menjawabnya secepat yang mungkin. Terima kasih. | Makna | 15.02.2010 |
Salam, saya ingin bertanya bolehkah sukukata dijadikan perkataan yang tidak membawa maksud seperti bi..ba = biba, ga..gi=gagi. Sekian terima kasih | Boleh tetapi lazimnya untuk tujuan pengajaran contoh suku kata diambil daripada perkataan yang betul bagi memudahkan kefahaman pembaca. | Tatabahasa | 21.02.2012 |
Terima kasih untuk jawapan yang telah diberikan. Bagaimana pula dengan perkataan berikut (dipenggalkan mengikut suku kata)? fisiologi, nasional, Tae kwan do, skuasy, akuarium, raspberi, paus, arkeologi, sfera, (Pokok) jemerelang: je me re lang atau je mer e lang? | Penggalan suku kata adalah seperti yang berikut: (fi-si-o-lo-gi), (na-si-o-nal), (Tae-kwan-do), (skua-sy), (a-ku-a-ri-um), (rasp-be-ri), (pa-us), (ar-ke-o-lo-gi), (sfe-ra), (Po-kok) (je-me-re-lang). | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Slm, suku kata untuk perkataan berikut: a)ungu b)tenggiling c)rambutan d)durian e)longan Terima kasih. | Suku kata bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: a)ungu - u..ngu b)tenggiling - teng..gi..ling c)rambutan - ram..bu..tan d)durian - du..rian e)longan - lo..ngan | Lain-lain | 02.11.2010 |
Selamat pagi... 1. Bagaimanakah cara menyebut perkataan "tragedi" dan "teknologi" ? Adakah sebutannya tragedi atau trajedi ? Adakah sebutannya teknologi atau teknoloji ? 2. Adakah perkataan "berjawab, berjahit, berbasuh" termasuk dalam kategori kata kerja pasif ? Contoh ayat : Bajunya belum berbasuh. | Sebutan yang betul ialah tra-ge-di, tek-no-lo-gi. Perkataan tersebut kata pasif. | Lain-lain | 31.01.2010 |
Terima kasih tetapi saya masih belum faham mengenai kata pinjaman dan kata serapan.Berdasarkan pemahaman saya,perkataan seperti unit adalah kata serapan di mana perkataan tersebut mengekalkan ejaan yang sama.Walaubagaimanapun sebutan baku haruslah membunyikannya sebagai [u/nit] dan bukan [yu/nit] sebagaimana loghat Johor-Riau.Perkataan teknologi pula adalah yang dipinjam.Ejaan asalnya adalah technology.Sebutan baku adalah [tek/no/lo/gi] dan bukan [tek/no/lo/ji]seperti loghat Johor-Riau.Adakah pemahaman saya ini betul?Harap dapat penjelasan kerana saya ingin menyiapkan assignment. | Pernyataan saudara adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. | Lain-lain | 15.06.2010 |
saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi? | Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan. 1. INGIN. i/ngin 2. DENGAN. de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan 4. PERANGAI. pe/ra/ngai 5. SANGAT. sa/ngat? 6. TERINGAT. te/ri/ngat, ter/i/ngat 7. MENGIRA. me/ngi/ra 8. SUATU. sua/tu? 9. SEMUA. se/mua 10. MENAIKI. me/nai/ki, me/nai?/ki 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan. | Tatabahasa | 27.04.2010 |