Sekiranya perkataan pasar raya Giant digunakan di tengah ayat, perkataan pasar raya, huruf " p dan r " perlu ditulis secara huruf besar? Terima kasih. | Pasar raya Giant ditulis dengan huruf kecil apabila di tengah ayat kerana merujuk kata nama am, sekiranya perkataan tersebut kata nama khas seperti Pasar Raya Giant Batu Caves, perlu ditulis dengan huruf besar.
| Tatabahasa | 07.03.2016 |
Jikalau nama sesuatu tempat itu merupakan perkataan dari Bahasa Inggeris, adakah perlu diitalikkannya dalam penulisan rasmi? Misalnya, Sunway Lagoon dan Giant. | Nama tempat seperti Giant dan Sunway Lagoon tidak perlu ditalikkan kerana nama khas. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Selamat sejahtera encik/puan. Macam mana eja ‘MAEPS’ dan ‘Giant’ (pasar raya) dalam Jawi? Apa pula ejaan betul bagi ‘taufufah’ dalam bahasa Malaysia? Terima kasih. | 1. Ejaan Jawi bagi MAEPS ialah ماءيڤس dan Giant pula ialah جاينت. 2. Ejaan Rumi yang betul ialah taufufa. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk keterangan dan maklumat tentang sesuatu kata dalam bahasa Melayu.
| Ejaan | 16.03.2024 |
Tuan, antara yang berikut, yang manakah tepat penggunaanya? Bandaraya Melaka, Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Ipoh dan Pasaraya Giant. | Ejaan yang betul ialah bandar raya Melaka, bandar raya Ipoh, bandar raya Kuala Lumpur dan pasar raya Giant. Bagi ejaan yang diwartakan, bandaraya dieja rapat seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lain-lain. | Ejaan | 22.09.2013 |
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah?? | Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengahari Aras 2, Car Park Pasaraya Giant, Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir! | 1. Sila betulkan ejaan: TENGAH HARI, PASAR RAYA dan KOMERSIAL. 2. Sila pinda Car Park kepada Tempat Letak Kereta Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 02.04.2014 |
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengah hari Aras 2, Tempat Letak Kereta Pasar Raya Giant, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir! | Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan. | Lain-lain | 04.04.2014 |
Selamat sejahtera. Mohon periksa jika terjemahan berikut boleh diterima dan digunakan dan jika tidak, mohon berikan terjemahan yang boleh digunakan. Berikut merupakan istilah-istilah dalam bidang perubatan. Terima kasih. Live surgery - Pembedahan langsung Pipeline - Pelencong aliran darah Clipping - Menyepit Giant Aneurysm - Aneurisme besar | Senarai padanan istilah yang puan senaraikan tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sehubungan dengan itu, ketepatan padanan istilah yang tersebut atau padanan lain tidak dapat kami berikan di sini. Untuk makluman puan, penggubalan istilah memerlukan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah dalam bidang khusus yang ditanya. Mohon puan dapat membekalkan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah yang disenaraikan kepada Encik Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan melalui e-mel azahari@dbp.gov.my atau sila hubungi 03-21479111. | Istilah | 21.08.2017 |
1. Manakah lebih gramatis/tepat? 'Lekatkan paku tekan pada rod kaca menggunakan lilin lebur atau lilin cair'? 2. Jika ingin menyatakan larutan akueus klorin tanpa perkataan akueus, yang manakah adalah tepat: 'air berklorin' atau 'larutan klorin berair'? 3. Apakah istilah bahasa melayu untuk 'gas giants' dan 'ice giants' (kedua-duanya merujuk kepada kumpulan planet dalam sistem suria). Terima kasih. | 1. Dalam pangkalan data DBP, frasa yang digunakan ialah lilin cair 2. Penggunaan yang tepat ialah larutan berair klorin jika merujuk kepada air yang mengandungi klorin. Akan tetapi, jika merujuk kepada klorin yang mengandungi air, frasa yang harus digunakan ialah larutan klorin berair. 3. Untuk soalan nombor 3, kedua-dua istilah tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sungguhpun begitu, kami mencadangkan supaya digunakan frasa Planet Gas bagi istilah Gas Giant dan Planet Ais bagi merujuk Ice Giant. | Istilah | 25.10.2016 |