Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[giat] | ݢيات

Definisi : I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab; menggiat mengejek, mencemuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[giat] | ݢيات

Definisi : rajin serta sungguh-sungguh membuat sesuatu; tangkas dan kuat; aktif: Anak-anak hendaklah dididik supaya ~ belajar. bergiat berusaha dgn sungguh-sunguh: Setelah tamat pengajiannya, ia ~ pula dlm lapangan politik. menggiatkan membangkitkan semangat supaya giat: Syarikat itu ~ orang-orang Melayu dlm lapangan perniagaan. mempergiat menjadikan lebih giat: Dia ~ usaha yg dijalankannya itu. kegiatan 1 hal atau keadaan giat; ketangkasan dan kekuatan (berusaha); keaktifan. 2 usaha atau kerja yg dilakukan; aktiviti: ~ luar sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[giat] | ݢيات

Definisi : kata(-kata) yg digunakan utk mengejek, mencemuh atau menyindir: Segala ~ dan cemuh tidak pernah dihiraukannya. menggiat mengeluarkan kata(-kata) utk mengejek; mencemuh; menyindir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. .Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan".Tatabahasa27.04.2013
Soalan 1: Ayat : Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara. Pilihan Jawapan : A. mempelajari tentang kaedah asas B. mempelajari kaedah asas Saya inginkan kepastian sama ada perkataan tentang perlu digugurkan atau tidak dengan adanya imbuhan men- -i. Soalan 2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara. Perlukah penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas ? Mohon penjelasan. TERIMA KASIH.

1.  Ahli-ahli pengakap sedang giat ________ pertolongan cemas di Kem Bina Negara.
Jawapan yang betul ialah B. mempelajari kaedah asas. Apitan meN-...-i membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif, iaitu kata kerja yang memerlukan objek.  

2: Ayat : Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan saudara.

Kata sendi ”di” tidak perlu digunakan dalam ayat di atas kerana kata sendi tersebut menunjukkan arah dan tempat. Ayat yang betul ialah " Kami mengucapkan terima kasih atas bantuan saudara."

Tatabahasa03.06.2013
APAKAH MAKNA MENGARUSPERDANAKANDalam Kamus Dewan arus perdana bermaksud perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, men­tal, kebudayaan, kehidupan dsb). Walau bagaimanapun tidak ada kata mengarusperdanakan dalam sumber rujukan kami. Dalam proses pembentukan kata kata terbitan yang terhasil daripada apitan meN-...-kan lazimnya membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar itu atau membawa maksud menyebabkan. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan kata mengarusperdanakan (jika ada), iaitu membuat + perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan.Makna05.01.2012
Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”. apakah maksud peribahasa tersebut? betulkah penggunaannya?Makna peribahasa ini ialah sesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.Makna25.03.2010
langkah-langkah mengatasi masalah penggunaan bahasa rojakMenggalakkan penggunaan bahasa baku dengan lebih giat melalui lebih banyak pendedahan dan penyebaran maklumat tentang perkara ini. Ini boleh dilaksanakan melaui kegiatan kebahasaan kepada masyarakat awam dan swasta.Lain-lain27.10.2006
ribut yang "kuat" kata adjektif "kuat" sesuai?Perkataan "kuat" boleh digunakan untuk menerangkan ribut.  Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "kuat" ialah keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll) : angin kuat - angin kencangTatabahasa05.07.2013
kami terpesona apabila menyaksikan kelincahan ahli-ahli akrobatik berjalan di atas tali yang dirennggangkan. tuan, mengapakah buku rujukan mengatakan kelincahan adalah salah?

Kelincahan bermaksud perihal lincah. Antara maksud lincah ialah cergas, giat, pantas, tangkas dan rancak. Oleh itu, mana mungkin perihal sifat tersebut dapat dilaksanakan di atas tali yang direnggangkan. Apa yang dapat menggambarkan hal keadaan tersebut ialah keberanian atau perbuatan lain yang dilakukan dengan berhati-hati.

Tatabahasa03.08.2011
Ingin tahu makna perkataan ihyak / ahyak ( dalam bahasa arab ) . Biasanya disebut Ihyak Ramadan - ( saya kurang pasti ejaannya )Ihya ialah kata Arab yang bermaksud hidup dan dalam konteks Ihya Ramadan ini bermaksud menghidupkan bulan Ramadan (menjadikan suasana giat dan bersemangat).Makna19.08.2010
Saya ingin mengetahui maksud istidah "e" atau "i" yang sering diletakkan dihadapan sesuatu perkataan. Contohnya, e-dagang, e-perolehan, i-resort. Saya terlihat satu iklan projek perumahan yang yang bernama Selesa Apartment dan kemudiannya semasa projek tersebut giat dibangunkan oleh pemaju tersebut, iklan kedua projek tersebut ditukarkan ke nama baru Selesa 'i-Resort' Apartment. Apa pandangan atau yang difahami oleh pihak tuan terhadap kualiti kemudahan yang terdapat (disediakan) di apartment tersebut dan apa yang dimaksudkan dengan i-Resort tersebut.. Terima kasih.Maksud "e" di awal perkataan tersebut ialah "elektronik" Bagi "i" di awal perkataan, diharap pihak saudara boleh menghubungi pihak resort yang berkenaan.Tatabahasa12.12.2007
Pemain yang sungguh lincah itu telah dikawal oleh pihak lawan setiap kali dia menerima bola. munsyi, adakah lincah sesuai digunakan? TQMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lincah bermaksud tidak boleh diam atau bergerak selalu. Lincah juga bermaksud cergas, giat, pantas, tangkas, dan rancak. Oleh itu dalam konteks ayat tersebut, perkataan lincah boleh digunakan.Tatabahasa14.02.2012
123

Kembali ke atas