Tuan, 1) Adakah gigi sudah menunjukkan jamak? Atau perlu dijamakkan gigi-gigi? 2) Adakah istilah bahasa Melayu yg tepat bagi 'morning call'? Jika tiada, apakah istilah bahasa Melayu yg paling hampir untuk digunakan? Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gigi bermaksud struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi (gunanya untuk menggigit, mengunyah, dll). Berdasarkan pengertian yang diberikan, gigi sudah menandakan maksud jamak dan tidak perlu diulang. 2. Istilah bahasa Melayu untuk morning call ialah panggilan kejut. | Istilah | 21.07.2011 |
Kita perlu memilih berus gigi dan pes gigi yang sesuai. Adakah toothpaste boleh diterjemahkan kepada pes gigi ? Terima kasih. | Pes gigi tidak boleh digunakan untuk "toothpaste". Padanan bahasa Melayu yang betul ialah ubat gigi. | Istilah | 23.03.2016 |
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Setiap pagi Rizal menggosok gigi. Rizal menggosok gigi setiap pagi. Terima kasih | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: (1) Pada setiap pagi Rizal menggosok gigi. (2) Rizal menggosok gigi pada setiap pagi. | Tatabahasa | 25.03.2014 |
Tuan , Apakah penjodoh bilangan untuk satu gigi ? | Penjodoh bilangan bagi satu gigi ialah sebatang gigi. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Dikatakan betul, Klinik Pergigian Dr. Ali dan salah bagi Klinik Gigi Dr. Ali. Bagaimanakah dengan Klinik Mata Dr. Ali dan Klinik Telinga Dr. Ali? | Frasa yang paling tepat ialah Klinik Pergigian bagi merujuk hal yang berkaitan dengan gigi dan bukannya gigi semata-mata. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah dental clinic dan tidak ada teeth clinic. Hal ini mungkin tidak sama bagi Klinik Mata dan Klinik Telinga. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
apakah penjodoh bilangan untuk ubat gigi yang telah dikeluarkan dari kotak tapi masih berada di dalam bekasnya? contoh ayat: 1. sebatang ubat gigi. (adakah penjodoh bilangan ini betul) | Untuk makluman, bukan semua perkataan boleh diberikan penjodoh bilangan, antaranya ubat gigi. | Lain-lain | 11.09.2017 |
Adakah perkataan "mengisar gigi" bersesuaian dengan perkataan "teeth grinding" | Hasil carian dalam data PRPM kami, istilah yang wujud dalam bidang biologi dan perikanan ialah grinding teeth yang bermaksud gigi kisar manakala dalam bidang veterinar pula ialah teeth grinding yang bermaksud pengertakan gigi. | Makna | 25.10.2018 |
Soalan ke-55,"Klinik Gigi" yang ditunjukkan pada 07/07/2007 Arkib Pantau Regur bahasa, diterangkan salah dan perkataan yang betul ialah "Klinik Pergigian". Namun, bahagian Arkib soalan (soalan 62) pengguna Web ini menjelaskan Klinik Gigi ialah perkataan yang betul. Ini telah menyebabkan kami keliru, kami amat menghargai penjelasan yang diterangkan oleh pihak DBP,tetapi kami amat harap pihak DBP menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan teliti supaya tidak menjadikan sebarang keliruan. Terima Kasih! | Pergigian bermaksud hal-hal berkaitan gigi. Dalam penamaan premis biasanya menggunakan frasa yang ringkas dan mudah. Contohnya, Klinik Gigi, Klinik Mata, Klinik Kulit. Manakala pergigian biasanya digunakan sebagai contoh Fakulti Pergigian. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 20.06.2010 |
1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use. Please help to check the translation in BM as below:- 1. Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Perisai keselamatan mengelakkan berus daripada memasuki terlalu dalam mulut bayi semasa penggunaan. Sekian, terima kasih. | Terjemahan yang betul bagi: 1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums - Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use - Pelindung keselamatan digunakan untuk melindungi berus daripada memasuki terlalu dalam di mulut bayi semasa digunakan. | Makna | 30.05.2018 |
Adakah ayat-ayat tersebut betul? a) Doktor gigi menasihati Natasya supaya menggosok gigi setiap kali selepas makan b) Puan Hasnah membekali suaminya nasi lemak untuk dimakan pada waktu rehat. C) Peserta-peserta yang akan menjalani kursus itu perlu sentiasa berpakaian kemas. d) Kami menghiasi gambar-gambar pemandangan pada dinding kelas. | Ayat a, b dan c adalah betul. Ayat "d" adalah salah. Ayat yang betul ialah Kami menghiasi dinding kelas dengan gambar-gambar pemandangan. | Tatabahasa | 04.10.2013 |