Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT; 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contoh : Kursus ini adalah untuk pegawai atasan.Bagi menjawab soalan kedua saudara, terdapat beberapa kaedah (mengikut buku Gaya Dewan) untuk menulis nombor dalam penulisan. Antaranya adalah seperti yang berikut:
(i) Dieja sepenuhnya nombor yang kurang daripada 10.
contoh: satu, dua, tiga, lapan, sembilan
(ii) Nombor 10 ke atas ditulis dengan angka.
contoh: 10, 100, 1000, 499.
Oleh itu, contoh ayat saudara ditulis: Dia menggosok giginya sebanyak tiga kali sehari.
Thanks for clicking. That felt good.