Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gigi II;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
i. Salwa dan kakaknya hendak ke Klinik Gigi Aida ii.Pekerja itu sedang memperlebar jalan iiiAfiq amat rindu akan belaian kasih sayang datuk iv.Pakaian yang dijahit oleh Tukang Jahit Wanita itu memamng kemas dan rapi. jawapan:.............................Sila kemukakan soalan kerana tidak jelas.Lain-lain26.08.2015
1.penggunaan "adalah" dan "ialah" 2. Bolehkah menggunaka nombor dalam penulisan karangan pelajar? Contoh gosok gigi 3 kali sehari.

Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT; 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contoh : Kursus ini adalah untuk pegawai atasan.
Bagi menjawab soalan kedua saudara, terdapat beberapa  kaedah (mengikut  buku Gaya Dewan) untuk menulis nombor dalam penulisan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

   (i) Dieja sepenuhnya nombor yang kurang daripada 10.

               contoh: satu, dua, tiga, lapan, sembilan 

   (ii) Nombor 10 ke atas ditulis dengan angka.

              contoh: 10, 100, 1000, 499.

Oleh itu, contoh ayat saudara ditulis: Dia menggosok giginya sebanyak tiga kali sehari.

 

 

Tatabahasa20.02.2009

Kembali ke atas