Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.li.ran] | ݢيليرن

Definisi : sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.li.ran] | ݢيليرن

Definisi : ketika atau peluang melakukan atau berlakunya sesuatu mengikut susunan yg teratur; pergantian yg teratur: Besok ~ kamu pula memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata giliran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan. Bagaimana untuk menulis nombor giliran dalam gelaran seseorang pembesar. Contoh, Undang Luak Johol Yang Ke-15 atau Undang Luak Johol Yang Kelima Belas? Atau boleh digunakan kedua-dua kaedah tersebut?Waalaikumussalam, Penggunaan nombor adalah lebih tepat dalam gelaran seperti contoh yang diberikan "Undang Luak Johol Yang Ke-15"Tatabahasa05.11.2019
Pohon rendang itu amat sesuai dijadikan tempat berteduh sementara menunggu giliran untuk berlari. munsyi, adakah ayat ini betul? TQAyat ini betul. Sila rujuk kamus untuk memlilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas

Saudara Norliza,

Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Tatabahasa03.08.2009
selamat pagi admin nak tanya biasanya pengesahan bahasa untuk papan tanda peniagaan ambil masa berapa lama?Untuk makluman tuan, Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam talian diproses dalam tempoh tiga hari bekerja dan pengesahan di kaunter disemak pada hari yang sama (pelanggan hanya perlu menunggu giliran di kaunter).Lain-lain02.01.2018
Saya telah menghantar dua buah manuskrip kepada DBP dalam Jun 2008, untuk jabatan Purnama. Saya ingin tahu perkembangan terkini manuskrip itu. Judulnya ialah: a) Memori Silam 1 b) Memori Silam 3 Terima kasihManuskrip saudara telahpun diterima dan telah didaftarkan dalam senarai penerimaan manuskrip dbp.  Kedua-dua manuskrip tersebut sedang menunggu giliran untuk dihantar kepada penilai.  Setelah dinilai oleh penilai luar, jika manuskrip tersebut disarankan untuk diperbaiki, akan kami hantar kepada penulis semula untuk dibaiki, dan jika dicadangkan untuk diterbitkan, kami bawa ke Jawatankuasa Editorial DBP untuk kelulusan penerbitan.  Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini kerana di PURNAMA hanya terdapat 3 orang editor yang mengendalikan semua projek penerbitan di samping kerja-kerja lain. Lain-lain04.05.2009
Fan Room,Fan smoke,MSB Room,Consumer HT Room,Pump Room,AHU,MATv/Telephone,Mechanical,HT Riser Shaft,Telephone Room,Hose Reel,MDF Room,genset Room,Elec Room,Elec Riser Shaft M&E Room,Wet Riser Pump Room,Lift Motor Room,Press Fan Room,Store,SESB Switching Room,Water Pump Room,SDF Room,Chiller Plant Room,Garbage Room,S&W Riser Shaft,Central Refuse Handling Room,SESB Matering Panel Room,Pressurization Duct,Matering Room,Air-Cond Genset Room,Green Room,Props Room,Projector Room,Function Room Store,Projector Control Room.Bilik Kipas,Asap Kipas,Bilik Papan Suis utama,Bilik Voltan Tinggi Pengguna,Bilik Pam,Bilik Unit pengelolaan Udara,Televisyen,Bilik Mekanikal,Aci Penaik Voltan Tinggi,Bilik Telefon,Gelung Hos,Bilik Kerangka Agihan Utama,Billik Janakuasa,Bilik Elektrik,Aci Penaik Elektrik,Bilik Mekanikal dan Elektrik,Bilik Pam Penaik Basah,Bilik Motor Lif,Bilik Kipas Tekanan,Stor,Bilik Pensuisan SESB,Bilik Pam Air,Bilik Kerangka Agihan Pelanggan,Bilik Loji Pendingin,Bilik Sampah,Aci Penaik Kumbah dab Sisa,Bilik Pengendalian Sampah Pusat,Bilik Panel Meter SESB,Saluran Tekanan,Bilik Meter,Bilik Janakuasa Penyaman Udara,Bilik Nanti Giliran,Bilik Alatan,Bilik Projektor,Stor Fungsi,Bilik Kawalan Projektor.Istilah28.04.2011

Kembali ke atas