Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gim.nas.tik] | ݢيمنستيک

Definisi : latihan (senaman) gerak badan yg memperlihatkan kelincahan dan ketangkasan seseorang utk membina otot dan kecerdasan mental. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gim.nas.tik] | ݢيمنستيک

Definisi : latihan gerak badan; senaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gimnastik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya merupakan pelajar universiti yang sedang membuat kajian tentang etimologi atau kajian tentang asal usul perkataan gimnastik, ragbi dan balet. Seperti yang kita sedia maklum, ejaan ketiga-tiga perkataan ini adalah dipinjam daripada bahasa Inggeris. Soalan saya ialah bagaimanakah saya boleh mendapat bahan-bahan/ bukti daripada DBP tentang bilakah ketiga-tiga perkataan yang telah saya senaraikan sebentar tadi wujud/ didaftar / mula digunakan di Malaysia. Sekian, terima kasih.Perkataan gimnastik, ragbi dan balet terakam seawall penerbitan Kamus Dewan Edisi Pertama yang diterbitkan pada tahun 1970.Tatabahasa16.03.2015
Salam. Saya mahu bertanya. Apakah perkataan yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi perkataan "gimnastrada"? Dalam pengkalan data PRPM DBP hanya ada perkataan gimnastik. Mohon kerjasama pihak DBP.Daripada segi pembentukan, istilah gimnastrada boleh digunakan.Istilah12.01.2015
Salam sejahtera, tuan, Merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 (SJK) (terbitan DBP tahun 2004) halaman 33 yang mengandungi aktiviti menyusun semula ayat-ayat yang berikut mengikut susunan yang betul, 1. Jurulatih banyak memberikan tunjuk ajar kepada Ying Xi. 2. Ying Xi amat meminati acara sukan gimnastik. 3. Ibu bapa Ying Xi yakin bahawa suatu hari kelak anak mereka akan mewakili negara. 4. Dia belajar gimnastik sejak tahun satu. 5. Mereka sentiasa memberikan galakan kepada Ying Xi supaya rajin berlatih. 6. Jurulatihnya itu seorang bekas gimnas negara. 7. Bakat Ying Xi semakin menyerlah dan meningkat maju. Guru BM memberikan jawapan - 2, 4, 3, 5, 6, 1, 7. manakala guru BM lain memberikan jawapan - 2, 4, 6, 1, 7, 3, 5. Jadi, apakah jawapan yang tepat, tuan? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,
Pihak puan/tuan perlu merujuk guru yang berkenaan bagi memperoleh jawapan yang tepat. Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.03.2012

Kembali ke atas