Apakah "gitar", "gol", "gondol" dan "gila-gila" boleh di kategorikan sebagai simpulan bahasa? Sebagai contoh untuk perkataan "gitar", seperti ayat berikut, Model-model yang menjalankan persembahan fesyen itu semuanya berbadan bentuk gitar. "Gitar" disini membawa maksud bentuk badan wanita yang cantik. Mohon penjelasan DBP. Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu. Contoh perkataan yang tuan berikan bukanlah simpulan bahasa, sebaliknya ialah kata umum yang masih mengekalkan makna asalnya. Gitar dalam ayat tersebut masih bermaksud gitar dan tubuh wanita dalam ayat itu dikiaskan kepada bentuk gitar. | Tatabahasa | 07.11.2012 |
Dia sedang duduk di tangga sambil bermain gitar. Bolehkah (sedang )wujud bersama (sambil ) dalam satu ayat? | Ayat Dia sedang duduk di tangga sambil bermain gitar merupakan ayat majmuk gabungan boleh diubah menjadi Dia duduk di tangga sambil bermain gitar tanpa menjejaskan makna. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Saya nak tanya, penterjemahan untuk membezakan istilah "pluck", "pick" dan "strum" dalam konteks gitar | Untuk makluman, belum terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah "pluck", "pick" dan "strum" dalam konteks gitar. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 28.02.2018 |
Bagaimana kita hendak gunakan ayat yang betul untuk menunjukkan seorang penjual sedang meneriakkan barangan jualannya? Adakah seperti berikut? Kalau salah tolong perbetulkan: 1) Abu meneriakkan barangan jualannya untuk menarik perhatian pelanggan. (jika barangan yang dijualnya ialah sayur, bagaimana pula hendak buat ayat yang betul) 2) a) Abu memetik gitar. b) Abu bermain gitar. Mana satu betul? 3) Yang mana satu betul, mengapa: a) pelbagai jenis kuih-muih b) pelbagai kuih-muih c) pelbagai jenis kuih | 1. Ayat pertama betul. 2. Abu memetik gitar. 3. Frasa yang betul pelbagai kuih kerana pelbagai bermaksud beberapa jenis. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
GUITAR ,VOCAL ,VIOLIN ,GUZHENG ,UKULELE , KEYBOARD, PIANO ,DRUMS | Gitar, vocal, violin, Guzheng, Ukulele, keyboard, piano dan dram. | Ejaan | 07.04.2015 |
Assalamualaikum. Saya ingin meminta pengesahan berkenaan ayat berikut. "Melebihi 20 Kelas Muzik boleh dimuat turun percuma yang menunjukkan kepada anda cara untuk bermain lagu hit pada piano dan gitar, diajar oleh artis yang menjadikan lagu itu terkenal" Bolehkah ayat ini dimulakan dengan perkataan "Melebihi"? Terima kasih atas pencerahan. | Tidak boleh. Sebagai contoh ayat: Pengguna boleh memuat turun melebihi 20 kelas muzik yang menunjukkan cara untuk bermain lagu hit menggunakan piano dan gitar yang diajar oleh artis sehingga menjadikan lagu itu terkenal. | Makna | 21.03.2018 |