| Apakah perkataan yang boleh saya gunakan untuk frasa "give face to somebody". Contohnya, sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu, namun disebabkan saya "give face to XXX" maka saya melakukannya sahaja. | Dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi give face ialah menghormatinya. (Sebenarnya saya tidak suka melakukan perkara itu. Namun disebabkan saya menghormati XXX, maka saya melakukannya.) | Penyemakan dan penterjemahan | 21.03.2017 |
| can you please give me the reason why our company name not approval. WAH LONG ENTERPRISE SDN BHD. WAH is the first name of our director LIM SIEW WAH LONG is the first name of our second director of Teoh Swee Long. This is the name from our IC and passport. Please advise me how to do and give me the reason why you all cant approve the name? If i not get the approvel i cant get my signboard license. Thanks ... | Untuk makluman saudara,Khidmat Pengesahan Bahasa memberi pengesahan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, papan tanda dan penamaan nama khas. Bagi permohonan nama syarikat saudara seperti yang dilampirkan, kami tidak memberi pengesahan kerana hanya memaparkan nama syarikat dan tidak menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya saudara memohon pengesahan untuk iklan di bawah papan tanda syarikat, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dibuat iaitu ejaan Tel yang betul ialah Tel. (perlu letak tanda titik) dan ejaan bagi fax ialah faks. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan. | Lain-lain | 14.08.2013 |
| Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan? | Salam sejahtera, Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?" Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. | Lain-lain | 24.03.2010 |
| I want a complete list to give to the students for use in class, and for thier personal use in future. Thank you | Encik Gomez, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menerbit senarai yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, Saudara bolehlah merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 21.04.2010 |
| Saya ingin tahu sama ada istilah Bahasa Melayu khusus untuk istilah 'Rickrolling'. Rickrolling is an Internet meme[1][2] involving the music video for the 1987 Rick Astley song "Never Gonna Give You Up". The meme is a bait and switch; a person provides a hyperlink seemingly relevant to the topic at hand, but actually leads to Astley's video. Berdasarkan penerangan Wikipedia di atas, apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah tersebut? Atau kekalkan sahaja istilah 'Rickrolling'? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rickrolling". Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 01.04.2013 |
| Bolehkah perkataan "specific character" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan "sesuatu yang tertentu"? Without prejudice to the generality of subsection (1), and subject to consultation with the Authority, the power of the Minister to give directions shall extend to the giving to it of directions as to the application of proceeds of such disposals, notwithstanding that the directions may be of a specific character: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu yang tertentu: | Ayat yang dicadangkan ialah: Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan termasuk memberikan arahan kepada Lembaga tentang penggunaan hasil daripada aset modal yang dilupuskan itu, walaupun arahan itu mengenai sesuatu perkara yang tertentu. | Makna | 24.07.2021 |
| assalam, saya ingin tahu perkataan "memperkenankan" atau "perkenan" dalam bahasa inggeris. terima kasih | Istilah Undang-Undang memperkenankan - consenting Kamus Melayu Inggeris Dewan memperkenankan (berkenaan dengan raja, sultan) - grant, give assent memperkenankan (berkenaan dengan Allah) - answer, grant Istilah Sejarah perkenan - assent Kamus Melayu Inggeris Dewan perkenan - assent/assented to | Istilah | 26.09.2016 |
| Salam tuan, boleh semak ayat bahasa english-bahasa melayu seperti yang diberi. Terima kasih | Terjemahan yang sesuai bagi ayat yang diberikan ialah: • We Grew With Care, Harvest In Pure, Fragrance In Quality, Health We Value. Kami Berkembang dengan Penjagaan, Penuaian dengan Ketulenan, Keharuman yang Berkualti, Kesihatan yang Bernilai • We Produce Only The Best, To Give You A Spoonful Of Love Kami Menghasilkan Produk Terbaik, Untuk memberikan Anda Produk Berkualiti • Your Favorite In Care, Quality Harvested Every Day, Penjagaan yang Anda Gemari, Penuaian Berkualiti Setiap Hari
| Makna | 09.03.2020 |
| Apa makna perkataan zingy. Saya tidak pasti perkataan zingy itu bahasa malaysia atau bahasa ingeris. Terima kasih. | Saudara Asmah, Perkataan ini ialah perkataan dalam bahasa Inggeris , 'zing' yang merupakan bahasa slanga. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan perkataan ini bermaksud : n (colloq) umph: add a little brandy to give it more ~, bubuh sedikit brandi utk memberikan umph lagi. | Makna | 06.01.2010 |
| Jiahui Tan Sep 29th, 7:37pm TRACKING BACK MAGAZAINES FOR 3 CONSECUTIVE 3 MONTHS I am Tan Jia Hui with I/C number 981015-04-5334.The purpose that I wrote this e-mail is to complaint regarding the delay service of your company on my subscription of Dewan Siswa magazines 2. In this e-mail, I am going to quote my anger and disappointed towards ypur company 's service and I had been faced the problem of receiving the magazines for 3 consecutive which is frrom July till September 2014. This type of trouble had been faced for several times, and this has reflected how low the efficiency of your company is in delivery service. 3. I had been took sufficient effort trace back all the delay magazines by via email or even by calling your company's contact for quite lots of times , but unfortunately it turned up . Nobody answered or even replied the call or email .This show that how inresponsible your company is. 4. I hope you can settle or handle this level of problems immediately and give a responsible explanation for me through on call at the number 014-7321098. Or else, I will take legal action towards your company on my customer's sight to get the adequate compensation and all the delay magazines. Hope to hear from you as soon as possible to avoid uncessary problems. Thank you! | Salam Sejahtera Cik Tan Jia Hui, Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada majalah terbitan DBP. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul kepada pihak Cik Tan dan pelanggan yang lain. Kami amat prihatin terhadap segala aduan yang dikemukakan terhadap penerbitan majalah DBP. Kami berharap agar masalah ini tidak menjejaskan sokongan dan minat pelanggan kepada majalah terbitan DBP. Sebarang masalah yang timbul berhubung dengan urusan langganan majalah, sila hubungi Puan Azah Wahab melalui talian 03-89611834 atau 03-89611836. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.09.2014 |