Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : pp of GIVE. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : b. (doing st) suka: a man much ~ to swearing, lelaki yg suka menyumpah-nyumpah; 4. considering, memandangkan: ~ his background, it is no wonder that he is a strong supporter of the Labour Party, memandangkan latar belakangnya, tdk hairanlah dia ialah penyokong kuat Parti Buruh; ~ the /chance, opportunity /, jika diberi peluang: he can beat you anytime, ~ the chance, dia akan dapat mengalahkan kamu dgn mudah, jika diberi peluang. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. assigned, fixed, ditetapkan, ditentukan: of the ~ size, mengikut saiz yg ditentukan; we shall meet at the ~ time, kita akan bertemu pd masa yg ditentukan; at any ~ time, pd bila-bila masa saja; at any ~ point, pd mana-mana titik; 2. particular, tertentu: this survey will be conducted in a ~ area over a period of two weeks, kaji selidik ini akan dijalankan di kawasan tertentu selama dua minggu; 3. prone to, a. (st) mudah: women are more ~ to depression than men, wanita lebih mudah murung drpd lelaki; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata given

Peribahasa

66

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Sampan ada pengayuh tidak

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan sampan ada pengayuh tidak.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada tak istilah untuk "handouts"? merujuk kepada maksud di bawah. a document given to students or reporters that contains information about a particular subject.Dalam bidang Komunikasi, Perpustakaan dan Pentadbiran, istilah bahasa Melayu untuk “handouts” ialah kertas sebaran atau bahan serahan.Istilah21.03.2018
Apakah daftar istilah untuk "promotive care" dalam bidang perubatan? Contoh ayat untuk pemahaman konteks: "Patients will be given advice about promotive, preventive and curative medicine to maintain a healthy lifestyle." Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah 'promotive care' ialah penjagaan galakan.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah15.08.2022
i wld like to know if the sentence "saya melihat menggunakan mata" is acceptable and will be given full mark in the exam.Ayat ini boleh diterima. Walau bagaimanapun dari segi pemarkahan bergantung pada skema jawapan dan markah yang ditentukan dalm peperiksaan berkenaan.   Tatabahasa27.02.2008
Assalamualaikum. Selamat petang. Saya ingin mengetahui maksud istilah "tab" yang banyak sekali digunakan dalam bahasa komputer. Contoh ayat: Click on the tab given. Klik pada tab yang diberi. Adakah terjemahan untuk tab dalam keadaan ini boleh dikekalkan sebagai tab juga? atau pihak DBP mempunyai kosa kata lain yang lebih sesuai? Terima kasih.
Menurut data kami tiada istilah bagi perkataan tab. Walau bagaimanapun, padanan yang sesuai bagi perkataan tersebut sama dengan ejaan asal iaitu tab.
Lain-lain31.01.2018
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan untuk mendapatkan padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan yang berikut: (a) disease-free “11. All feeds supplied and given to the animals in the quarantine station shall come from disease-free areas.” (b) all-in, all out system “25. (1) No carry over of animals shall be allowed between consignments of animals and such consignment shall adopt the “all-in, all-out” system.” Sekian, terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. disease-free: bebas penyakit

2. all-in, all-out system: sistem berkumpulan



Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.



Makna18.02.2022
Selamat pagi dan terima kasih kerana sudi membantu. 1) "Rapper" merujuk kepada seorang yang membuat persembahan jenis muzik rap. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "rapper" - "ahli rap", "pemuzik rap", "rapper" atau apa-apa istilah lain? 2) Apakah istilah yang paling sesuai untuk "given name" bagi orang yang tidak semestinya beragama Kristian - "nama sendiri", "nama diberi", "nama pertama" atau apa-apa istilah lain? 3) Apakah istilah yang sesuai untuk "birth name" - bolehkah "nama lahir" diterima? 4) "Stage name" merujuk kepada nama yang dipegang oleh seorang pelakon atau penghibur bagi tujuan profesional. Apakah istilah yang paling sesuai untuk "stage name" - "nama samaran", "nama pentas" atau apa-apa istilah lain? Sekali lagi, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut:

  1. Rapper = penyanyi rap/pemuzik rap/penari rap
  2. Given name = nama sendiri/nama pertama/nama diberi
  3. Birth name = nama lahir
  4. Stage name = nama pentas/nama samaran
Pemilihan padanan bahasa Melayu yang sesuai bergantung pada penggunaan perkataan dalam konteks ayat.
Istilah24.06.2019
No. Pendaftaran : 54441/2016 Syarikat : Best View Corporation Sdn Bhd Refer to the above registration no, we would like to find out why our application is rejected and why is the reason ? We had apply more than 3 times, but every time also did not given the reason why u reject. Appreciate if u could advice. We had try to call so many time to your center, but sad to tell u nobody answer the call. Look forward reply from u soon. TQ. BR, Ivy Tan 03-3343 5112 / 5113 016-967 2079Sila buka semula permohonan tuan dan di ruang komen terdapat kesalahan yang dinyatakan oleh petugas kami. Komen petugas kami adalah seperti yang berikut:

1. Tukar "Contact us at" kepada Hubungi kami melalui talian
2. Tukar "PICTURE FOR ILLUSTRATION PURPOSES ONLY" kepada GAMBAR UNTUK TUJUAN ILUSTRASI SAHAJA
3. Tukar "TERMS AND CONDITIONS APPLIES" kepada TERTAKLUK PADA TERMA DAN SYARAT
4. Tukar "STAY WITH US AND FEEL LIKE HOME" kepada bahasa Melayu.

Sila buat pembetulan dan hantar semula visual tersebut untuk pengesahan.
Lain-lain05.11.2016
Tuan/Puan, Adakah terdapat perkataan English 'pre-emptive' yang dimelayukan ke dalam bahasa Melayu.Hanya satu data yang berkaitan dengan kata pre-emptive dalam sumber rujukan kami. Perkataan tersebut berfungsi sebagai kata adjektif, diterangkan sebagai done before others have chance to act, dan diterjemahkan kepada beli dahulu. Contohnya, shareholders are given a pre-emptive right to the new stock, pemegang saham telah diberi hak beli dahulu saham baru itu.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2015
Salam, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "rolling year"? Tahun bergulir, tahun berguling, tahun bergulung, tahun bergerak, tahun pusingan, tahun berpusing, tahun selanjar? Adakah apa-apa istilah khusus yang digunakan oleh industri perbankan/kewangan atau agensi kerajaan yang merujuk "rolling year"? Antara definisi yang ditemui di internet: Rolling year means the 12-month period measured backward from a particular given date. A rolling year is a period of 12 months that begins and ends on a set day. A rolling year is today and the 364 immediately-preceding days – updated daily. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "rolling year" ialah tahun pusingan.Penyemakan dan penterjemahan19.07.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang istilah "time attack". Istilah ini belum wujud dalam PRPM. Jika merujuk pada kamus urban di Google, istilah ini membawa maksud: 1. An act of racing against time or a deadline to establish how fast a certain goal can be covered or done. 2. A form of competition in which an athlete races against the clock to establish how fast he or she can cover a given distance. NOTE: This is also the same thing as Time Trial. *Bolehkah sekiranya saya terjemahkan ia kepada "Serangan Masa" atau "Masa Percubaan"? Yang mana lebih sesuai? Terima kasih.

Merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, “attack” juga membawa maksud act of setting to work upon, iaitu pengerjaan atau penggarapan, maka kami mencadangkan “garapan masa” sebagai padanan bagi contoh ayat yang pertama. Contoh ayat yang kedua pula merujuk serangan (in a game, sport), oleh itu, kami mencadangkan “serangan masa” sebagai padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi konteks makna “time attack” tersebut.

Istilah05.05.2020
12

Kembali ke atas