Adakah kata singkatan GPS (Global Positioning System) sah dalam Bahasa Malaysia? | Terjemahan bagi GPS (Global Positioning System) dalam bidang aeroangkasa ialah sistem kedudukan global manakala dalam bidang geografi ialah sistem penentududukan sejagat. Singkatan GPS boleh digunakan dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 15.05.2017 |
maksud pengglobalan?adakah perkataan ini berasal daripada bahasa melayu?apakah perbezaan global dan globalisasi? | Perkataan global berasala dari perkataan Inggeris. Makna global ialah 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; | Lain-lain | 07.03.2010 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |
1)Chief Operating Officer 2)Global Comsumer Banking | 1)Ketua Pegawai Operasi 2)Perbankan Pengguna Global | Istilah | 20.06.2011 |
tulisan JAWI untuk 1)OKN GLOBAL VENTURES SDN BHD 2) PEJABAT URUSAN | Tulisan jawi bagi perkataan OKN GLOBAL VENTURES SDN. BHD. ialah او . کي. عين . ڬلوبل ۏنچرس سنديرين برحد manakala tulisan jawi bagi PEJABAT URUSAN ialah ڤجابت اوروسن | Ejaan | 26.04.2019 |
minta tulisan jawi kepda nama syarikat tersebut: OKN GLOBAL VENTURES SDN BHD | Tulisan jawi bagi perkataan OKN GLOBAL VENTURES SDN. BHD. ialah او . کي. عين . ڬلوبل ۏنچرس سنديرين برحد | Ejaan | 26.04.2019 |
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau | Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). | Tatabahasa | 23.04.2020 |
1. Apakah perbezaan dari segi penggunaan ayat sejak dan semenjak. Sebagai contoh: Krisis kewangan global yang terburuk sejak Kemelesetan Besar ini telah dicetuskan oleh kebankrapan satu daripada bank pelaburan global terbesar di Amerika Syarikat. 2. Apakah terjemahan untuk "International Financial Architecture". Sekian, terima kasih. Ramlee | 1.Kedua-dua istilah ini, sejak dan semenjak boleh diguna pakai. 2. Kami mencadangkan terjemahan bagi International Financial Architecture ialah Seni Bina Kewangan Antarabangsa. Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks atau bidang. | Istilah | 08.10.2009 |
Adakah ayat di bawah gramatis? Salah satu punca menyebabkan krisis air adalah berlakunya pemanasan global. Terima kasih. | Ayat yang lebih sesuai "Antara punca yang menyebabkan krisis air berlaku ialah pemanasan global". | Tatabahasa | 22.07.2019 |
saya ingin bertanya tentang ejaan yang betul di dalam jawi perkataan berikut Bestari global resources Sendirian Berhad | Bestari global resources Sendirian Berhad برحد سنديرين ريسورسيس ݢلوبل بستاري | Ejaan | 28.10.2014 |