Bolehkan pihak DPB memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana tatacara / panduan untuk menulis glosari? | Glosari bertujuan memberikan penjelasan kepada pembaca tentang istilah yang mungkin tidak difahami oleh pembaca mengikut konteks dalam penulisan itu sendiri. Glosari ditulis selepas akhir bab, dengan mengutip istilah dalam hasil penulisan dan menjelaskannya mengikut konteks, berdasarkan apa yang dimaksudkan penulis, yang boleh digabungkan dengan rujukan. | Lain-lain | 14.01.2010 |
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelancongan | Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. | Istilah | 08.02.2012 |
Apakah puisi | Terima kasih atas pertanyaan sdr. Mengikut Glosari Istilah Kesusasteraan terbitan DBP 1988, puisi ialah istilah yang digunakan untuk pelbagai bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif daripada seseorang penulis atau penyair. Sekian dimaklumkan. | Lain-lain | 28.07.2010 |
salam, saya masih keliru.apakah maksud "felo" dan ejaan sebenarnya? | Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). | Istilah | 05.03.2012 |
saya ingin maklumat yang terkini mengenai bahasa baru yang telah di terjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka | Puan Norhaslinna, Untuk makluman puan, tidak ada konsep bahasa baru. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah istilah baru yang diterbitkan dalam bentuk daftar atau glosari istilah. Oleh yang demikian daftar atau glosari istilah ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP yang beralamat di Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, KL. Puan boleh juga melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dicapai melalui laman sesawang DBP untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi istilah bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang. | Lain-lain | 24.02.2010 |
Padanan untuk house keeping? | Padanan untuk housekeeping ialah pengemasan, penyenggaraan dalam, iaitu proses pengurusan bahagian pengemasan penginapan dalam institusi seperti hotel. (Glosari Perkhidmatan, Penginapan dan Penyajian, DBP, 1994) | Ejaan | 21.07.2006 |
Mohon penjelasan makna perkataan keselamatan dari perspektif Jabatan Bomba. | Khidmat Nasihat Bahasa membantu mencari makna berdasarkan sumber rujukan kami, iaitu kamus, istilah, glosari dan sebagainya. Dalam Kamus Dewan keselamatan ditakrifkan sebagai perihal terpelihara atau terhindar daripada bencana, atau terlepas daripada bahaya. Sila rujuk Jabatan Bomba untuk mendapatkan pandangan tentang maksud/konsep perkataan ini. | Makna | 19.01.2011 |
Tajuk acara yang bakal dilangsungkan adalah Fellow INTAN 2011. Kami dimaklumkan bahawa FELO INTAN 2011 adalah terjemahan ke bahasa Malaysia. Mohon pengesahan FELO tersebut. Sekian terima kasih. | Dalam Glosari Pendidikan padanan Fellow ialah Felow (dieja mengikut bentuk visual). Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Istilah | 09.11.2011 |
Saya ingin tahu SumbanganDBP dalam Pembinaan Bahasa Melayu | Usaha pembinaan bahasa Melayu dibuat melalui kerja-kerja peristilahan, perkamusan dan penyelidikan. Dalam bidang peristilahan jutaan istilah digubal dalam pelbagai bidang, buku, glosari dan kamus istilah diterbitkan. Bidang perkamusan pula memperlihatkan penyusunan dan penerbitan Kamus ekabahasa,dwibahasa, kamus besar(peringkat penyusunan) dll.. Dalam bidang penyelidikan kerja-kerja pengumpulan data korpus, kajian dialek, kajian laras dan gaya bahasa dll. dilaksanakan. | Lain-lain | 21.04.2008 |
bagaimana caranya untuk saya memperolehi makna perkataan melayu dalam bahasa sanskrit | Soalan sdr terlalu luas dan umum. Untuk memperoleh perkataan Melayu dlm bahasa sanskrit sdr cubalah mencari kamus sama ada di perpustakaan universiti ataupun di perpustakaan negara. Persoalan kami, apakah bidang yg sdr inginkan? Buat permulaan, sdr lihatlah dahulu teks Melayu lama dan perhatikan di bahagian glosari yg mencatatkan tentang makna bahasa tertentu, misalnya sebutan sanskrit dan maknanya dalam bahasa Melayu. Saya pasti setiap glosari dalam kebanyakan teks Melayu lama yg terdapat di perpustakaan, terdapat pemerolehan ini. Terima kasih. | Makna | 21.09.2008 |