Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.da] | ݢودا

Definisi : ; menggoda, menggodai 1. mengajak (meminta, menyuruh) supaya berbuat sesuatu (kejahatan dll): hendak digodanya gadis itu dgn apa jalan sekalipun; 2. mengganggu, mengacau, mengharu: bermacam-macam fikiran siasah telah timbul utk ~ ketenteraman masyarakat dunia; tergoda digoda: banyak laki-laki yg telah ~ oleh kemanjaan gadis itu; godaan 1. perihal menggoda; 2. sesuatu (perkataan dll) utk menggoda; penggoda orang dll yg menggoda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.da] | ݢودا

Definisi : ; menggoda 1 mengajak (memujuk) atau menghasut supaya berbuat jahat: Syaitan ~ manusia. 2 menjadikan tidak aman atau tidak tenteram; mengacau; mengganggu: Peristiwa yg ngeri itu selalu ~ fikirannya. tergoda telah digoda. godaan 1 sesuatu yg menarik kpd berbuat jahat: Jangan diturut ~ syaitan. 2 sesuatu yg menjadikan fikiran (keadaan dsb) tidak aman atau tidak tenteram; gangguan. penggodaan perbuatan menggoda; penggangguan. penggoda orang dsb yg menggoda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata goda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana untuk mengetahui bahawa sesuatu perkataan itu berimbuhan sisipan. Seperti perkataan geroda tidak mungkin ia daripada perkataan goda atau berudu tidak mungkin dari perkataan budu. Adakah kemuncak imbuhan sisipan dari kata dasarnya puncak? Sekian terima kasih.

Saudara,

Untuk mengetahui sama ada sesuatu perkataan itu berimbuhan atau tidak, saudara hendaklah menggunakan kamus. Kamus hanya menyenaraikan  kata tunggal atau kata dasar  sesuatu perkataan.

Lain-lain21.10.2010

Kembali ke atas