Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.da/] | ݢودق

Definisi : ; nasi ~ nasi yg dicampur dgn berbagai-bagai jenis lauk; menggodak memasak nasi godak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.da/] | ݢودق

Definisi : (Komp) tindakan mengubah suai kandungan asal suatu fail atau dokumen dgn sengaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.da/] | ݢودق

Definisi : ; nasi ~ nasi yg bercampur dgn lauk-pauk. menggodak 1 memasak nasi godak. 2 menjadikan bercampur dgn rata. penggodak alat dlm penyembur yg mengaduk bahan semburan supaya larutan itu bercampur rata dan bahan kimia di dlmnya tidak mendap ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata godak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
selain daripada imbuhan sisipan -el-, -er- dan -em-, apa lagi yang wujud beserta contoh perkataannya?Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat tiga bentuk sisipan kata nama (KN), iaitu  -em-, -el-, -er-, dan empat bentuk sisipan kata adjektif (KAdj), iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-.

Contoh:
1. Sisipan -em-:  KN kuning - kemuning, KAdj serbak - semerbak
2. Sisipan -el-: KN tapak - telapak, KAdj geman - geleman
3. Sisipan -er-: KN gigi - gerigi, KAdj godak - gerodak
4. Sisipan -in-: Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sambung - sinambung.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 131 dan 237 untuk maklumat lanjut.
Tatabahasa26.07.2021

Kembali ke atas