Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ /boy, girl/, (in sports), /raja, ratu/ sst: the ~ boys of Malaysian badminton, raja-raja badminton Malaysia. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. made of, largely consisting of, gold, emas: a ~ crown, mahkota emas; 2. like gold in colour, (berwarna) keemasan, berwarna emas: ~ hair, rambut keemasan; ~ yellow, kuning keemasan; 3. a. favourable, keemasan: a ~ opportunity, peluang keemasan; b. happy, glorious, sangat bahagia: the ~ days of our lives, hari-hari yg sangat bahagia dlm hidup kita; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata golden


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Boleh mohon terjemahan Bahasa Malaysia untuk Golden Jubilee. Terima kasihTerjemahan bahasa Melayu untuk "Golden Jubilee' ialah Jubli EmasPenyemakan dan penterjemahan04.02.2016
Bagi halatuju "Malaysia To Realise Golden Digital Decade", adakah penggunaan yang lebih sesuai sama ada "Dekad Digital Keemasan" atau "Dekad Keemasan Digital". Mohon bantuan dan pencerahan jua.

Cadangan terjemahan bagi "Golden Digital Decade" ialah “Dekad Digital Menyerlah”.

Walau bagaimanapun, padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu.

Penyemakan dan penterjemahan05.09.2023
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah.Istilah04.01.2013
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih. Merujuk kepada soalan di atas, bolehkah perkataan 'lounge' dikekalkan untuk tujuan pengiklanan dan penerbitan majalah dan suratkhabar?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah. Perkataan "lounge' tidak boleh digunakan dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu.Istilah04.01.2013
Perlukah perkataan seperti Siberian Husky, Golden Retriever (nama-nama baka) dicondongkan dalam penulisan?Ya, huruf dicondongkan (italik).Istilah13.09.2017
asal-usul bahasa melayu,ciri-ciri serta fungsinya?Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu abad ke 16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991 2. Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001 . 3. Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 . 4. Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004Lain-lain13.09.2007
Apakah maksud sejarah ?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) sejarah bermaksud:

sejarah
kata nama 
1 peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa dahulu yang ada kaitan dengan zaman sekarang:
Sejarah Malaysia dikatakan bermula sejak zaman Greek lagi kerana Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “golden chersonese” oleh Ptolemy.
Al-Quran turut menyampaikan sejarah umat dan nabi-nabi yang terdahulu.


2
kajian atau pengetahuan tentang hal atau peristiwa yang berlaku pada seseorang, sesuatu tempat atau institusi pada suatu ketika dahulu; tawarikh:
Penekanan kursus ini diberikan kepada peranan Islam dalam sejarah Asia Tenggara.

3
(dieja dengan huruf besar) ilmu atau mata pelajaran yang mengkaji tentang peristiwa yang telah berlaku pada masa dahulu, yang diajar atau dipelajari di sekolah, maktab, universiti dan sebagainya:
Aku rasa Fakhurazi jauh lebih pintar daripadaku dalam bidang Ekonomi, Pengajian Am dan Sejarah.
Dia mengambil subjek minor, Sejarah dalam pengajiannya itu.


4
peristiwa atau kejadian yang menjadi detik perubahan dalam perjalanan hidup seseorang atau sesebuah institusi:
Apabila bangsal tambahan itu siap dibina kelak, zaman baharu dalam sejarah pengeluaran batik syarikatnya akan bermula.
Biarlah hari ini kita bina satu permulaan baharu dalam sejarah persahabatan kita.
Jasdi menyingkap kembali sejarah hidup ayahnya yang penuh dengan ranjau dan duri.


5
rentetan peristiwa atau hal yang pernah berlaku kepada seseorang atau sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan, rujukan dan sebagainya:
Keratan akhbar itu menyebut tentang sejarah kemalangan yang menimpa helikopter Nuri.
Vaksin ini disyorkan kepada lelaki yang tidak mempunyai sejarah infeksi beguk.


6
asal usul atau susur galur sesuatu keturunan; salasilah:
sejarah orang Melayu;

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus ini pada halaman 1994.
Makna06.11.2023
Salam sejahtera. Bolehkah saya hendak minta cadangan padanan istilah untuk perkataan "dying god" ke dalam bahasa Melayu? Adakah sesuai jika saya terjemahkan menjadi "dewa kematian" atau "dewa sudah luput"? Menurut maklumat Wikipedia, defisini dying god ialah: "The term "dying god" is associated with the works of James Frazer, Jane Ellen Harrison, and their fellow Cambridge Ritualists. At the end of the 19th century, in their The Golden Bough and Prolegomena to the Study of Greek Religion, Frazer and Harrison argued that all myths are echoes of rituals, and that all rituals have as their primordial purpose the manipulation of natural phenomena."

Cadangan terjemahan bagi dying god ialah kematian dewa atau dewa yang mati. Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan penggunaannya.

Penyemakan dan penterjemahan20.04.2021
Saya sedang mencari rujukan terkini dan terbaik tentang tata bahasa Bahasa Melayu dan panduan menulis surat rasmi. Boleh tuan perakukan buku rujukan yang sesuai. Kerjasama tuan didahului terima kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh merujuk bahan seperti dibawah :

1. Tatabahasa Dewan edisi 3 tahun 2008

2. Menulis surat rasmi dan contoh-contoh oleh Ibrahim Ismail terbitan Golden Books Centre tahun2006

 

Lain-lain24.01.2010
Apakah rujukan atau bibliografi mengenai asal usul bahasa melayu yang boleh sy rujuk utk dimasukkan dalam pendahuluan esei saya 'kesan kesan pengunaan bahasa singkatan dalam media sosial terhadap bahasa melayu pada masa hadapan'Antara bahan yang puan rujuki ialah  Bahasa Melayu abad ke-16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991;  Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001; Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 .; Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004.Lain-lain13.08.2014

Kembali ke atas