Saya ingin memohon pencerahan mengenai tajuk di bawah: (1) PEMADAM GOLF PERDANA 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH atau (2) GOLF PERDANA PEMADAM 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH | Tajuk yang lebih sesuai ialah: PERTANDINGAN atau KEJOHANAN GOLF PERDANA PEMADAM PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016 | Lain-lain | 11.10.2016 |
1)golf club 2)starting tee box | 1)kayu golf 2)petak ti bermula | Ejaan | 10.01.2011 |
NAMA KENDERAAN YANG DIGUNA DIPADANG GOLF | Kenderaan yang digunakan di padang golf ialah bogi. Harap maklum. | Istilah | 05.12.2007 |
Apakah frasa "Longest Non-Stop Indoor Golf Driving Relay’ dalam bahasa Melayu?. Frasa ini akan digunakan untuk acara Malaysia Book of Record. Ketepatan dan jasa baik pihak DBP amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Mohon berikan konsep acara tersebut dilaksanakan agar pihak kami dapat membantu memberikan terjemahan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu. | Makna | 29.04.2022 |
Betulkah ayat 1.Kereta itu ialah Proton Perdana. 2.Permainam golf ialah sukan yang mahal. 3. hadiah itu adalah untuk ibu dan ayah. 4. Rumahnya ialah yang berwarna merah. | Ayat tersebut betul kecuali ejaan permainan dalam ayat no. 2 perlu dibetulkan. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Adakah perkataan dalam BM untuk Putting Green selain pukulan leret? | Putting green adalah istilah untuk sukan golf. Buat masa ini istilah pukulan leret digunakan. T.kasih. | Makna | 06.08.2008 |
Salam DPB, Mohon jasa pihak DBP untuk membantu saya menyemak frasa yang betul dan tepat bagi "Longest Non-Stop Indoor Golf Driving Relay' Frasa ini akan digunakan untuk acara Malaysia Book of Record. Ketepatan dan jasa baik pihak DBP amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Mohon berikan konsep bagi ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul. | Makna | 25.04.2022 |
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu. | Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia. | Lain-lain | 19.07.2022 |
Saya ada kekeliruan, dalam terjemahan, andai kata teknik terjemaha nitu merupakan pinjaman/serapan sepenuhnya/tulen, dan perkataan itu terakam di dalam entri kamus dewan/prpm. adakah perkataan sebenar perlu dimiringkan atau tidak kerana telah dipinjam sepenuhnya. Contohnya: golf, prima facie serta kata nama khas dalam bahasa asing. Terima Kasih. | Menurut Buku Gaya Dewan Edisi Keempat (halaman 153), huruf condong digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contoh: prima facie, lingua franca, mala fide, ad hoc, ad lib. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada di dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu dicondongkan. Contoh: suai padan (copy fitting) kebebasan seni (poetic licence) kos sut (marginal cost) | Tatabahasa | 14.12.2023 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1) Diagram vs Figure - bolehkah diagram diterjemah kepada 'gambar rajah' manakala figure kepada 'gambar' atau kedua-duanya sama? 2) Boulder vs Rock vs Stone - bagaimana hendak bezakan terjemahannya dalam BM kerana semuanya bermaksud batu. 3) Bats vs Clubs - bukankah kedua-duanya bermaksud kayu pemukul? Adakah terjemahan lain yang boleh membezakan antara dua perkataan ini? | Dalam data rujukan kami, perkataan diagram boleh digunakan atau gambar rajah manakala figure diterjemah kepada rajah. Perkataan boulder pula diterjemah sebagai batu tongkol, rock diterjemah sebagai batu manakala stone melempar dengan batu. Perkataan bats diterjemah sebagai kayu pemukul manakala club sebagai kayu golf. Puan bolehlah melayari www.prpm.dbp.gov.my bagi carian padanan bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2016 |