Golongan muda merupakan generasi yang amat berpengaruh dalam sesebuah novel. Apakah definisi 'golongan muda' dan tafsirannya berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda? Apakah kesan pemaparan golongan muda terhadap jalan cerita sesebuah novel? Apakah tafsiran sikap individuistik berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? | Secara umum golongan muda yang dimaksudkan ialah penulis muda dalam kesusasteraan kebangsaan yang lingkung umur mereka sekitar 18 tahun hingga 40 tahun. Berkaitan dengan soalan 'kesan pemaparan penulis muda dalam sesebuah novel' memerlukan satu kajian yang boleh dibuat berdasarkan satu atau beberapa buah karya yang dihasilkan oleh penulis muda dalam lingkungan umur di atas. Begitu juga dengan soalan berkaitan dengan 'tafsiran sikap individulistik' penulis muda juga memerlukan kajian. | Lain-lain | 20.06.2010 |
Mendaki gunung (ialah, adalah) aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda. | Mendaki gunung ialah aktiviti yang sangat digemari oleh golongan muda. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
adakah wujud kata rempit dalam perkamusan? betulkah kata ini daripada kata Bahasa Inggeris ramp-it yang digunakan berleluasa dalam kalangan golongan muda . sekiranya kata ini dituturkan dalam golongan tersebut, bolehkah tergolong sebagai kata slanga? | Perkataan "rempit" tiada dalam kamus. Ya, perkataan ini merupakan bahasa slanga dalam kalangan golongan muda. | Makna | 08.07.2014 |
Kursus yang diadakan di Kem Bina Semangat sungguh bermakna bagi golongan muda. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ | Tiada kesalahan. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Apakah Takrifan belia mengikut kamus Dewan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, belia bermaksud 1. muda 2. pemuda 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi | Makna | 13.09.2011 |
berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru | Pengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita). | Makna | 23.06.2009 |
Apakah maksud penulis muda ? Adakah penulis yang baru menulis ? atau adakah penulis yang telah melibatkan diri mereka sejak tahun 90-an hingga sekarang ? | Penulis muda dikategorikan mengikut hasil karyanya. Sekiranya seseorang penulis sentiasa menghasilkan karya untuk golongan muda, maka penulis itu dianggap penulis muda. Penulis yang baru menulis tidak semestinya bergelar penulis muda jika karyanya untuk pembaca umum dewasa. Jadi, penulis yang berkarya semenjak tahun 1990-an dianggap penulis muda jika karyanya sentiasa untuk golongan muda. | Lain-lain | 05.05.2008 |
apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia? | 1. Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~2. Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.06.2008 |
Apakah KGND ke-2 yang sesuai untuk ibu bapa memanggil anak mereka? Adakah 'kamu', 'awak' atau 'kau'? Bagaimana pula dengan orang lebih tua (pak cik/mak cik)? Apakah KGND yang digunakan oleh golongan ini untuk memanggil golongan yang lebih muda? Adakah 'awak', 'kamu' atau 'kau'? | "Kamu" digunakan kepada "orang yang lebih rendah umur dan taraf", manakala "Awak" dan "kau" digunakan kepada "orang yang sama taraf atau sesama rakan sebaya". Oleh itu, kata sapaan yang sesuai ialah "kamu". | Tatabahasa | 22.02.2015 |
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik. | Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |