Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gopoh-gopoh;

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam pun mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jika gopoh merosak diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai buah keras di dalam sekul.

Bermaksud :

Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh. buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
20. Pelanggaran itu bukan disebabkan jalan yang bengkang-bengkok tetapi sikap Amzar yang terlalu gopoh. A pelanggaran itu tidak disebabkan B Perlanggaran itu bukan disebabkan C Pelanggaran itu bukan oleh sebab D Pelanggaran itu bukan disebabkan munsyi, apakah jawaban paling sesuai, pada pendapat saya bahawa pelanggaran sesuai digunakan kerana berasal daripada konteks ayat, Amar melanggar tetapi jawaban ia;ah B, adakah jawaban ini munasabah? TQPada pandangan kami, jawapan B yang betul kerana menceritakan perihal kejadian (berlanggar) tersebut.
Tatabahasa11.03.2012
APA ITU JENIS KATA ADJEKTIF DAN CONTOH-CONTOHNYA?

Saudara Mohd. Iqbal,

Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu

   i. kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah

  ii. kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu

 iii. kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal

 iv. kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis

 v. kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau

 vi. kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir,rapat

 vii. kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan

viii. kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah

 ix. kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin,kelat

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

  

 

Tatabahasa10.01.2010
soalan 1. Apakah perbezaan antara menurunkan dan menjatuhkan bagi harga . soalan 2. Apakah beza susah senang, duka lara, jerit perih,pahit getir. soalan 3 Apakah beza terkinja-kinja dan terkocoh-kocoh. soalan 4. manakha betul Pesuruhjaya -pesuruhjaya dengan pesuruh-pesuruhjaya. soalan 5. Adakah betul ayat ini. a) kawasan padang itu ketumbuhan lalang,jika salah tolong betulkan dan jelaskan. b) Empangan itu mampu mengairkan kawasan pertanian yang lebih luas. c)syarat-syarat perjanjian ini harus diperhalusi sebelum di terima oleh semua pihak. d) Pengetua akan menyiasat kejadian contengan tandas di sekolah itu. diharap pihak tuan memberi ulasan terperinci,terima kasih.1. Keduanya boleh digunakan. 2. Susah senang membawa maksud kesusahan dan kesenangan yang ditempohi; pahit getir membawa maksud kesulitan atau kesusahan yang bermacam-macam; manakala, duka
lara membawa maksud nestapa susah (sedih) hati yang amat sangat. 3. Terkinja-kinja membawa maksud terlonjak-lonjak atau terloncat-loncat (kerana kegirangan dll). Manakala, terkocoh-kocoh membawa maksud tergopoh-gopoh, terburu-buru, tergesa-gesa.
4. Pesuruhjaya-pesuruhjaya.
5. Ayat a, b, c, dan d betul.
Tatabahasa24.03.2013
Soalan 1: Yang manakah betul? "Dengan 3 langkah mudah" "Dalam 3 langkah mudah" Dengan atau Dalam, manakah yang lebih tepat? Soalan 2: Untuk aturan adjektif dalam BM, adakah terdapat susunan yang perlu diikut? contohnya adjektif berkaitan rupa, saiz, warna, pendapat, dan seterusnya? tolong berikan penerangan ringkas.1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "dengan" ialah "kata yg digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan" manakala "dalam" pula bermaksud yg "berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu". Maka ayat yang lebih sesuai ialah "dengan tiga langkah mudah".


2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif dibahagikan kepada sembilan jenis, iaitu:


i. Kata adjektif sifatan atau keadaan : baik, curiga, cerdik, lemah


ii. Kata adjektif warna : merah, putih, ungu, kelabu


iii. Kata adjektif ukuran : panjang, kecil, besar, tebal


iv. Kata adjektif bentuk : bulat, leper, lurus, kempis


v. Kata adjektif waktu : awal, cepat, segera, lampau


vi. Kata adjektif jarak : jauh, dekat, hampir, rapat


vii. Kata adjektif cara : laju, gopoh, jelas, perlahan


viii. Kata adjektif perasaan : rindu,benci, suka, marah


ix. Kata adjektif pancaindera : sedap, manis, payau, masin, kelat


Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP,2014), halaman 225.

Tatabahasa19.03.2024

Kembali ke atas