Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.so/] | ݢوسوق

Definisi : ; ~ gigi Id ubat gigi; abu ~ sj abu utk menggilapkan camca, garpu, dll; ubat ~ ubat yg disapukan (disentalkan) pd tubuh; bergosok 1. bergeser, bergesel, bergeseran; 2. sudah digosok (digilapkan): kemas rupanya dgn pakaian yg berseterika keras dan sepatu yg ~; menggosok 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); 3. = menggosok-gosok membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan; 4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. ark menggesek (biola dsb); menggosokkan, mempergosokkan 1. menggosok dgn (tangan, barang, dll), menggunakan sesuatu utk menggosok: Pawang Ahmad meramas limau serta ~nya ke badan orang sakit itu; 2. menjadikan bergeser, menggeserkan: sambil bercakap, orang India itu menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangannya; gosokan 1. sesuatu yg sudah digosok, pakaian dll yg akan atau sudah diseterika; 2. perihal menggosok; 3. = gosok-gosokan ki hasutan; penggosokan perihal menggosok; penggosok 1. alat utk menggosok; 2. orang yg menggosok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.so/] | ݢوسوق

Definisi : ; bergosok 1 bersentuh dgn sesuatu yg lain serta bergeser; bergesel: Kedengaran bunyi kayu ~. 2 sudah dilicinkan atau digilapkan dll: Baju ini belum ~ lagi. menggosok 1 membuat sesuatu menjadi licin dll dgn menggunakan sesuatu; menggeserkan sesuatu pd sesuatu benda lain supaya berkilat, bersih dsb: Abu sedang ~ gigi. 2 = ~ pakaian menyeterika pakaian. 3 mengasah batu permata. menggosokkan 1 menggunakan sesuatu utk menggosok: Dia ~ limau itu pd badannya. 2 membuat dua benda bergosok: Api boleh juga dihasilkan dgn ~ dua kayu kering kencang-kencang. gosokan 1 sentuhan atau gerakan utk menggosok; hasil menggosok: ~ yg kuat mungkin merosakkan alat itu. 2 sesuatu yg digosok. penggosok 1 benda atau alat yg digunakan utk menggosok. 2 orang yg kerjanya menggosok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gosok

Peribahasa

Diapit tidak bersanggit,
     ditambat tidak bertali.

Bermaksud :

Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia tidak akan menjadi begitu marah jika tidak ada orang (menggosok/menggosok-gosok)nya.Jawapan yang tepat ialah menggosok-gosok.Tatabahasa23.08.2013
1.penggunaan "adalah" dan "ialah" 2. Bolehkah menggunaka nombor dalam penulisan karangan pelajar? Contoh gosok gigi 3 kali sehari.

Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, contoh : Anak ialah anugerah Allah SWT; 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama, contoh : Kursus ini adalah untuk pegawai atasan.
Bagi menjawab soalan kedua saudara, terdapat beberapa  kaedah (mengikut  buku Gaya Dewan) untuk menulis nombor dalam penulisan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

   (i) Dieja sepenuhnya nombor yang kurang daripada 10.

               contoh: satu, dua, tiga, lapan, sembilan 

   (ii) Nombor 10 ke atas ditulis dengan angka.

              contoh: 10, 100, 1000, 499.

Oleh itu, contoh ayat saudara ditulis: Dia menggosok giginya sebanyak tiga kali sehari.

 

 

Tatabahasa20.02.2009
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda?Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap.Tatabahasa07.02.2013
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM.

Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya.              Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi.

Makna02.02.2010

Kembali ke atas