apakah kebaikan gotong-royong | Gotong-royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Sudah tentu banyak kebaikan yang kita dapat apabila sesuatu kerja dilakukan bersama-sama. Kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi, meringankan beban kerja yang berat/banyak, menjana ekonomi lebih luas lagi dll. | Lain-lain | 19.02.2009 |
(A) aktiviti gotong-royong (B) aktiviti bergotong-royong Bolehkah kedua-dua diterima? Adakah kedua-duanya betul? | Ungkapan yang betul ialah 'Aktiviti gotong-royong', bentuk frasa nama, manakala bergotong-royong ialah kata kerja yang lazimnya digunakan dalam frasa kerja seperti penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kampung. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ? | 1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 30.11.2009 |
Salam. Saya mengambil soalan ini dari ujian bulanan (Mac) anak saya yang berada di tahun 2. Lengkapkan perenggan di bawah ini dengan nilai murni yang sesuai. gotong-royong membantu bersungguh-sungguh bekerjasama membersihkan Sempena Minggu Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Bandar Utama telah mengadakan aktiviti 1.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka 2.__ kantin, dewan, koridor......Semua murid 3.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka saling 4.__ dan bekerja dengan 5.__. Menjelang tengah hari aktiviti gotong-royong ini tamat. Jawapan yang diberi: 1) gotong-royong 2) membersihkan 3) bekerjasama 4) membantu 5) bersungguh-sungguh Pertanyaan saya: Sekiranya ramai murid yang menjawab 3) membantu 4) bekerjasama..... bolehkah dikira betul? | Jawapan 3) membantu 4) bekerjasama adalah betul penggunaanya tetapi jawapan yang lebih tepat ialah jawapan yang diberikan oleh pihak sekolah. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
1.Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baru nanti. 2.Perhatian yang diberikan oleh semua anggota persatuan pada kegiatan gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan persatuan ini. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1. Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baharu nanti. 2. Perhatian yang diberikan oleh anggota persatuan dalam aktiviti gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan positif persatuan ini. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
Penggunaan tanda koma dalam ayat berikut adakah betul? 1) Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong membersihkan taman permainan dan kawasan perumahan. Betulkan penggunaan tanda selepas sebagai contoh? | Dalam ayat contoh yang diberikan tanda koma boleh digunakan sebagai pemisah perkataan yang berurutan. | Tatabahasa | 19.07.2012 |
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Dia mendapat banyak pengalaman. 2. Gotong-royong merupakan antara aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan. 3. Sejak kebelakangan ini, masalah sosial semakin berleluasa. | Semua ayat yang dikemukakan betul. 1. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. 2. Antara ialah kata sendi nama yang berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 3. Sejak ialah kata sendi nama, bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , kata sendi nama, halaman 281 - 285 dan kata bilangan, halaman 286. ) | Tatabahasa | 01.05.2011 |
salam sejahtera, Perlukah penjodoh bilangan digunakan selepas penggunaan kata bilangan "setiap/ tiap-tiap)? Contoh ayat, 1. Setiap orang pekerja yang tidak hadir dalam aktiviti gotong-royong itu mesti memberikan surat tunjuk sebab. 2. Tiap-tiap peserta Bengkel Tatabahasa itu dikehendaki mengenalpasti struktur ayat yang salah berdasarkan hukum tatabahasa. | Kata setiap atau tiap-tiap tidak perlu diikuti penjodoh bilangan, isu sebenarnya ialah sama ada kata nama yang hadir selepas kata setiap perlu didahului penjodoh bilangan atau tidak. Bagi menghasilkan ayat yang gramatis dan untuk menunjukkan bilangan kata nama perlu hadir berpasangan dengan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
1. Bolehkah memulakan ayat dengan 'dengan' dan 'untuk'.? 2. Kenapa tidak boleh memulakan ayat dengan 'adalah' ? Sekian, terima kasih. | 1. Sesuatu ayat boleh dimulakan dengan perkataan dengan dan untuk. Contoh: i. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan pada minggu hadapan. ii. Untuk makluman tuan, kerja gotong royong akan dimulakan pada minggu hadapan. 2. Kata pemeri adalah tidak boleh digunakan pada permulaan ayat kerana kata pemeri adalah merupakan unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat. Pemeri hal itu dilakukan secara huraian tentang subjek oleh predikat dan hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263. | Tatabahasa | 12.04.2009 |
saya mahu maksud "definisi kerjasama" | Kerjasama bermaksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-ahlinya (dgn cara saling membantu, menyumbang, dsb) utk faedah bersama; | Lain-lain | 06.08.2010 |