apakah kebaikan gotong-royong | Gotong-royong bermaksud sama-sama mengerjakan sesuatu atau saling membantu ketika membuat sesuatu. Sudah tentu banyak kebaikan yang kita dapat apabila sesuatu kerja dilakukan bersama-sama. Kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih erat lagi, meringankan beban kerja yang berat/banyak, menjana ekonomi lebih luas lagi dll. | Lain-lain | 19.02.2009 |
As salam tuan di talian, Penggunaan kata tanya yang manakah betul dalam ayat di bawah. 1. Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 2. Berapakah jumlah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 3. Berapa kumpulankah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu? Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu?". | Tatabahasa | 13.11.2014 |
amalan bergotong-royong atau amalan gotong-royong? | Ungkapan yang betul ialah 'amalan gotong-royong', iaitu bentuk frasa nama, manakala bergotong-royong ialah kata kerja yang lazimnya digunakan dalam frasa kerja seperti penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kampung. | Tatabahasa | 12.01.2015 |
(A) aktiviti gotong-royong (B) aktiviti bergotong-royong Bolehkah kedua-dua diterima? Adakah kedua-duanya betul? | Ungkapan yang betul ialah 'Aktiviti gotong-royong', bentuk frasa nama, manakala bergotong-royong ialah kata kerja yang lazimnya digunakan dalam frasa kerja seperti penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kampung. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis? | Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis? Jawapan: Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.Oleh itu, ayat yang gramatis sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya. Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ada ayat yang gramatis dan ada juga ayat yang tidak gramatis bergantung pada penggunaan ayat. | Tatabahasa | 17.08.2014 |
Salam. Saya mengambil soalan ini dari ujian bulanan (Mac) anak saya yang berada di tahun 2. Lengkapkan perenggan di bawah ini dengan nilai murni yang sesuai. gotong-royong membantu bersungguh-sungguh bekerjasama membersihkan Sempena Minggu Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Bandar Utama telah mengadakan aktiviti 1.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka 2.__ kantin, dewan, koridor......Semua murid 3.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka saling 4.__ dan bekerja dengan 5.__. Menjelang tengah hari aktiviti gotong-royong ini tamat. Jawapan yang diberi: 1) gotong-royong 2) membersihkan 3) bekerjasama 4) membantu 5) bersungguh-sungguh Pertanyaan saya: Sekiranya ramai murid yang menjawab 3) membantu 4) bekerjasama..... bolehkah dikira betul? | Jawapan 3) membantu 4) bekerjasama adalah betul penggunaanya tetapi jawapan yang lebih tepat ialah jawapan yang diberikan oleh pihak sekolah. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Sama ada hari guru, hari kanak-kanak dan hari ibu ditulis dalam huruf besar? Terima kasih. | Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja dieja dengan huruf besar. Manakala hari kanak-kanak dan hari gotong royong dieja dgn huruf kecil kecuali ada unsur-unsur khusus spt Hari Kanak-Kanak Sedunia 2007 atau Hari Gotong-royong Taman Permai, barulah dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 22.12.2013 |
1.Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baru nanti. 2.Perhatian yang diberikan oleh semua anggota persatuan pada kegiatan gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan persatuan ini. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? | Berikut ayat yang telah diperbaik: 1. Mesyuarat para guru kali ketiga akan diadakan selepas cuti tahun baharu nanti. 2. Perhatian yang diberikan oleh anggota persatuan dalam aktiviti gotong-royong yang dirancang menjamin perkembangan positif persatuan ini. | Tatabahasa | 03.07.2013 |
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ? | 1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 30.11.2009 |
Penggunaan tanda koma dalam ayat berikut adakah betul? 1) Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong membersihkan taman permainan dan kawasan perumahan. Betulkan penggunaan tanda selepas sebagai contoh? | Dalam ayat contoh yang diberikan tanda koma boleh digunakan sebagai pemisah perkataan yang berurutan. | Tatabahasa | 19.07.2012 |