Saya kurang pasti penggunaan istilah "engage/engagement" sama ada "interaksi" atau "penglibatan" dalam Bahasa Malaysia? Berikut adalah dua contoh penggunaan: Terima kasih. Improving public engagement in local government... Government maintains its effectiveness by engaging with citizens. | Merujuk contoh yang diberi, istilah yang sesuai ialah "penglibatan". | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2017 |
"government linked companies"(GLC) dalam bahasa melayu | Padanan goverment linked companies dalam bahasa Melayu ialah syarikat berkaitan kerajaan. | Istilah | 20.04.2009 |
Apakah makna rasmi 'GLC' (government Link company dalam bahasa malaysia? | Istilah bahasa Melayu bagi GLC ialah syarikat berkaitan kerajaan. | Istilah | 09.03.2010 |
Mohon dapatkan cadangan nama Seksyen Government Secured Private Cloud ke dalam Bahasa Melayu. t/kasih | Istilah "Secured Private Cloud" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah ini agar kami dapat berikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 07.03.2016 |
Questions: 1. Is DBP the main government body overseeing/ regulating all publishing activities in Malaysia? 2. What are the channels that are being used to promote Malaysian publications, both domestic and internationally? Thank you. | - DBP bukan badan utama yang mengawal semua aktiviti penerbitan di Malaysia.
Saluran yang digunakan untuk mempromosi bahan-bahan terbitan termasuklah pengedar, agen yang dilantik, serta badan seperti Majlis Buku Kebangsaan Malaysia bagi urusan promosi dalam Pesta Buku di dalam dan luar negara.
| Lain-lain | 14.12.2010 |
Apakah terjemahan BM untuk fast tracking? Cth ayat: In 2010, the Malaysian government launched ETP, which is a road map for fast-tracking its economic development. Terima kasih. | Kami mencadangkan fast tracking dalam frasa fast-tracking its economic development diterjemahkan kepada pembangunan ekonomi pantas. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.09.2018 |
Apakah istilah bahasa melayu untuk Collaborative Governance. Maksud collaborative governance adalah seperti berikut: Collaborative Governance involves the government, community and private sectors communicating with each other and working together to achieve more than any one sector could achieve on its own. | Cadangan istilah bahasa Melayu untuk Collaborative Governance ialah Tadbir Urus Kerjasama. | Istilah | 26.04.2017 |
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri. . | Lain-lain | 26.11.2008 |
Puan, Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa INTAN akan mengadakan Seminar "Enhancing Government Transformation Through Lean Management" pada 26 November 2013 dengan kerjasama MPC dan MAMPU yang telah disediakan dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pihak kami telah dinasihatkan agar menggunakan istilah-istilah yang menarik dalam Bahasa Melayu dalam seminar tersebut bagi tajuk pembentangan dan nama-nama sesi. 3. Oleh yang demikian, pihak kami memohon jasa baik pihak puan untuk membantu mencadangkan pengisian-pengisian seminar dalam Bahasa Melayu berdasarkan tajuk asal dalam Bahasa Inggeris seperti dilampiran supaya dapat kami bentangkan semula kepada pihak pengurusan INTAN menggunakan seratus peratus Bahasa Melayu. Perhatian dan kerjasama pihak puan dalam perkara ini adalah amat dihargai. | Untuk makluman tuan, lampiran yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Walau bagaimanapun, pegawai kami ada memaklumkan telah menerima e-mel daripada pihak tuan. Kami akan memaklumkan kepada pihak tuanĀ apabila melakukan perbincangan penggunaan bahasa Melayu yang betul seperti yang dikehendaki. Kami mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama berusaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
Berdasarkan definisi "technology foresight" di bawah, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Technology Foresight"? "Technology Foresight is a process for bringing together scientists, engineers, industrialists, Government officials and others to identify areas of strategic research and the emerging technologies likely to yield the greatest economic and social benefit." | Istilah technology Foresight masih belum ada dalam pangkalan data kami, berdasarkan penerangan yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Teknologi Masa Depan | Makna | 17.06.2019 |