| GRAND OPENING | PEMBUKAAN BESAR-BESARAN | Lain-lain | 23.03.2011 |
| Apakah maskud pre-launching dan grand launching dalam Bahasa? Contoh penggunaan pre-launching dan grand launching dalam ayat Bahasa. terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: pre-launching - prapelancaran grand launching - pelancaran perdana Berikut merupakan contoh ayat bagi padanan isitilah yang diberikan: i. Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ceria dengan norma baharu biarpun diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih berkuat kuasa di Johor. ii. Majlis Pelancaran Perdana Malaysia Year of Festivals 2015 atau MyFest 2015, yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2015, ditangguh ke satu tarikh lain. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 21.06.2021 |
| Saya ingin membuat carian terjemahan yang sepadan dengan frasa 'poetry slam'. Carian awal mendapati 'slam' sebagai istilah dalam pendidikan ialah 'slem', namun tidak ada huraian ditampilkan. 'Grand slam' sebagai istilah sukan diberikan padanan 'Grand slam' juga. Bolehkah saya menggunakan 'slam puisi' atau 'pertandingan deklamasi sajak'? | Kami mencadangkan frasa "pertandingan Deklamasi Sajak" yang digunakan bagi mengungkapkan maksud poetry slam kerana frasa itu gramatis dan difahami oleh khalayak. | Tatabahasa | 07.09.2014 |
| Salam sejahtera. Saya memerlukan bantuan untuk terjemahan perkataan "extended audience" di dalam ayat berikut: "Hechler arranged an extended audience with Grand Duke in 1896. " | Cadangan terjemahan untuk "extended audience" ialah pertemuan yang panjang. Penggunaannya dalam ayat yang diberikan seperti yang berikut: Hechler mengatur pertemuan yang panjang dengan Grand Duke of Baden, pada April 1896. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2021 |
| Assalamualaikum, saya ingin tanya apakah nama panggilan untuk adik raja kepada putera/orang lain? Dalam Bahasa Inggeris, ada menggunakan perkataan Grand Prince, jadi jika boleh cadangkan istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu. Terima kasih. | Puan, Untuk makluman, soalan yang dikemukakan maksudnya kurang jelas. Sungguhpun demikian, dalam data kami, grand-prince merujuk kepada putera agung. | Lain-lain | 24.08.2017 |
| Tuan / Puan, Apakah translasi bahasa Melayu bagi perkataan Inggeris berikut: i) Independent State of Papua New Guinea ii) Governor-General Grand Chief Sir (Nama) Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: i) Independent State of Papua New Guinea - Negara Merdeka Papua New Guinea ii) Governor-General Grand Chief Sir - Gabenor Jeneral Sir | Makna | 18.08.2023 |
| apakah penterjemahan bahasa melayu bagi nama-nama negara berikut: Czech Republic Faeroe Islands Federal Republic of Germany Perancis Gibraltar Grand Duchy of Luxembourg Greece Greenland Hungary Ireland Italy Kingdom of Belgium Kingdom of Denmark Kingdom of Norway Kingdom of Spain Kingdom of Sweden Kingdom of the Netherlands People's Republic of China Portuguese Republic Principality of Andorra Principality of Liechtenstein Republic of Austria Republic of Bulgaria Republic of Cyprus Republic of Estonia Republic of Finland Republic of Iceland Republic of Indonesia Republic Of Korea Republic of Latvia Republic of Lithuania Republic of Malta Republic of Poland Republic of San Marino Republic of Singapore Republic of Slovenia Romania Saint Pierre and Miquelon Slovak Republic State of Israel Swiss Confederation Ukraine United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland United States of America dan dimanakah sumber rujukan untuk penterjemahan nama negara yang tepat? | Penterjemahan bahasa Melayu bagi nama negara luar adalah seperti yang disenaraikan dalam Garis Panduan Penentuan Nama Geografi,Edisi Kedua, 2006 yang diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |
| Assalamualaikum.. Saya ingin memohon pandangan untuk menggunakan perkataan dalam Struktur Organisasi di sykt. saya seperti di bawah: Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan ALI BIN ABU Sekian, terima kasih. NURUL SHAMSIAH SIDEK JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM GRAND SEASONS AVENUE NO. 72, JALAN PAHANG KUALA LUMPUR. | Salam, Dicadangkan susunannya seperti dibawah: 1. ALI BIN ABU Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan 2. NURUL SHAMSIAH SIDEK JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN, PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM, GRAND SEASONS AVENUE. NO. 72, JALAN PAHANG, _________ KUALA LUMPUR. Catatan: Poskod tidak disertakan. | Lain-lain | 29.09.2015 |
| Mohon terjemahan standard BM untuk industri ternakan ayam. 1. Day old Chick --merujuk kepada anak ayam berumur sehari. akronim inggeris yg lazim seluruh dunia ialah DOC 2. Pullet -- ayam penelur berumur 6 minggu sehingga saat bertelur (anggaran 15 minggu). harus diingat yg ayam penelur tidak pernah dikahwinkan untuk bertelur. 3. grower -- ayam pedaging selepas umur 14 hari sehingga saat dipanen sekitar 45-50 hari 4. parent stock -- ayam pembiak baka 5. grand parent stock --ayam yang menghasilkan keturunan pembiak baka 6. pure lines -- ayam yang menghasilkann keturunan grand parent stok 7.broiler --ayam pedaging 8. layer --ayam penelur terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu seperti yang berikut: - Day old Chick = anak ayam sehari
- Pullet = ayam dara
- Grower = ayam kecil
- Parent stock = stok induk
- Grandparent stock = stok tuai induk
- Pure line = keturunan tulen
- Broiler = Ayam pedaging
- Layer = Ayam penelur
| Istilah | 30.01.2019 |
| Salam, Saya ingin tahu maksud perkataan "street canyon" dalam bahasa malaysia. Saya terangkan secara pendek berkenaan dengan street canyon. 'Street canyon' merupakan kawasan diantara bangunan. Ia hanya terdapat di kawasan bandar. Ia merangkumi jalan raya, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Contoh 'street canyon' adalah seperti di dalam gambar yang bernama 'chicagocanyon2'. Istilah street canyon ini mungkin juga boleh disamakan dengan Grand Canyon di USA dimana ia terbentuk hasil hakisan angin dan air. Tapi street canyon adalah dari buatan manusia. | Merujuk istilah geologi, canyon ditakrifkan sebagai "ngarai". Oleh itu, istilah "street canyon" dapat dicadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "ngarai jalan" dengan mengambil kira konsep "ngarai" dalam bidang geologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.07.2015 |