| Ex-gratia | Tuan Haji Ramli, Tiada soalan dikemukakan. Walau bagaimanapun maksud perkataan ini ialah : diberikan atau dibuat sbg suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang: bayaran ~. | Lain-lain | 22.02.2010 |
| Apakah maksud dan contoh ayat bagi perkataan ex-gratia? | Kata ex gratia bermaksud (berkenaan dengan bayaran) diberikan atau dibuat sebagai suatu pemberian atau tanda persahabatan, bukan diwajibkan di sisi undang-undang. Kata ini digunakan dalam bidang undang-undang dan berkelas kata adjektif. Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 588). | Makna | 26.12.2023 |
| "By the grace of God (Dei Gratia; dalam gelaran British misalnya)" lebih sesuai diterjemahkan maksudnya kepada "Dengan rahmat Tuhan" ataupun "Dengan limpah kurnia Tuhan"? Atau kedua-duanya boleh diterima? | Frasa "dengan rahmat Tuhan", "dengan limpah kurnia Tuhan" atau "dengan limpah rahmat Tuhan" boleh digunakan mengikut konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu. | Tatabahasa | 03.01.2025 |