Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gra.vi.ti] | ݢراۏيتي

Definisi : (Fiz) daya tarikan yg menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat sesuatu cakerawala spt bulan atau bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gra.vi.ti] | ݢراۏيتي

Definisi : daya graviti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata graviti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CKAyat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut.Tatabahasa11.01.2012
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK

Yang betul adalah seperti yang berikut:

12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita.

2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu.

3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti.

Tatabahasa08.12.2011
makna istilah : 1. geotropisme 2. fototropisme 3. tikmotropisme 4. kimiatropisme

Sdr. myharidzqah , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

bBerikut adalah jawapan yang dapat saya berikan bagi pertanyaan sdr.

.  - géotropisme) (Bio) gerak balas bahagian tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan graviti

fototropisme - pergerakan tumbuhan yg berlaku sbg gerak balas terhadap rangsangan cahaya.

  • tikmotropisme - perkataan ini tidaka ada yang ada ialah tigmotropik dalam bidang perubatan 
  •  kimiatropisme - perkataan ini tidak ada dalam kamus istilah DBP.
  •  

    Istilah24.02.2009

    Kembali ke atas