Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ so’s palm, (colloq), /menyogok, menyuap/ sso: he had to ~ several palms to get the job, dia terpaksa menyogok beberapa orang utk mendapatkan pekerjaan itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. melted animal fat, gris, minyak: there is still some ~ on the plate, masih terdapat minyak pd pinggan itu; 2. any thick, oily substance, a. (produced by o’s skin) minyak; b. (as a lubricant in machines etc) gris; c. (for the hair) minyak rambut: (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt apply grease to, menggris, membubuh gris pd; (cake tin etc), /melumuri, menyapu/ [sst] dgn gris: the mechanic ~d the ball-bearings, mekanik itu menggris galas bebola; she ~d the cake tin first, dia melumuri tin kuih dgn gris terlebih dahulu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata grease


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sesjahtera. 1) Apakah cadangan terjemahan ini "BIODIESEL PRODUCTION FROM GREASE TRAP WASTE AND ITS PURIFICATION USING ACTIVATED BIOCHAR DERIVED FROM WOODCHIPS BIOMASS" 2) Apakah padanan yang sesuai untuk "as purifier in biodiesel production"? 3) Betulkah terjemahan ini " different residence time" -> jangka masa yang berbeza DAN "activated biochar" -> bioarang diaktifkan? Terima kasihKami mencadangkan padanan seperti berikut:

1) "Biodiesel production from grease trap waste and its purification using activated biochar derived from woodchips biomass": "Penghasilan biodiesel daripada penapis bahan gris dan penulenannya menggunakan bioarang teraktif hasil biojisim serpai kayu" atau "Pengeluaran biodiesel daripada alat perangkap gris dan pembersihan biodiesel karbon arang teraktif hasil biojisim serpih kayu".


2) "Purifier in biodiesel production": "Pembersih pengeluaran biodiesel" atau "penulen penghasilan biodiesel".


3) "Different residence time": "Waktu penetapan berbeza" atau "tempoh masa berbeza".


4) "Activated biochar": "Bioarang teraktif".


Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah22.08.2021

Kembali ke atas