Manakah ayat yang betul mengikut DBP? Contoh 1: ..dari segi atau daripada segi; Contoh 2: ..dari gred M41 ke gred M44 atau daripada gred M41 kepada gred M44? | 1. Penggunaan yang betul ialah ... dari segi dan ... daripada gred M41 kepada gred M44. | Tatabahasa | 28.11.2019 |
'mengikut gred jawatan seseorang' atau mengikut Gred Jawatan seseorang' | mengikut gred jawatan seseorang (gred jawatan bukan nama khas, tidak perlu ditulis dalam huruf besar) | Lain-lain | 14.03.2011 |
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17/PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 | Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 bertaraf Sambilan untuk pengisian di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak boleh dikemukakan sekarang. Dimaklumkan kami tidak mempunyai peruntukan jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17 buat masa ini. | Lain-lain | 09.05.2008 |
mana yang betul? 'Peningkatan gred dari DM45 ke DM51' atau 'Peningkatan gred daripada DM45 kepada DM51' | Penggunaan yang betul: 'Peningkatan gred daripada DM45 kepada DM51' | Tatabahasa | 05.05.2011 |
NAK TAHU TARIKH TUTUP DAN JUGA JAWATAN BAGI IKLAN DALAM LAMAN WEB GOV.... | Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Antaranya ialah jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, Ahli Fotofrafi Gred B11 dan beberapa jawatan lain. Sila layari laman web kami dari masa ke masa atau lihat iklan kami dalam akhbar tempatan pada hujung minggu. Kebiasaannya permohonan jawatan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan. | Lain-lain | 30.03.2008 |
Apakah terjemahan rasmi bagi penyataan baharu bagi keputusan dan penganugerahan gred peperiksaan STPM iaitu NGMP (Nilai Gred Mata Pelajaran)? | Untuk makluman, maklumat tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 01.12.2015 |
Untuk membina ayat contohnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan memangku P.T.D. Gred M44 dengan bayaran elaun memangku. Soalan: Tolong maklumkan penggunaan perkataan manakah yang lebih sesuai: dengan bayaran elaun memangku atau dengan dibayar elaun memangku. Sekian. terima kasih. | Tuan, Frasa ayat yang tepat ialah: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan ditempatkan di Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Setiausaha memangku P.T.D. Gred M44 dengan dibayar elaun memangku..... | Tatabahasa | 07.04.2009 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you. | Terjemahan: a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan. b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak. c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran. | Makna | 26.08.2019 |
selamat petang tuan, ada beberapa pertanyaan mengenai jawatan sebagai pembantu awam gred H11 ... perlu kah ambil ujian secara bertulis dan bila temuduga ini di adakan ? | Untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong ini, tuan/puan boleh hubungi Puan Fairuz melalui talian 03-2147 9341. Sekian terima kasih | Lain-lain | 27.03.2017 |
Nama saya Anisah Bt Mohd Murozi, No.I/C :800329-02-5680, saya ingin menyemak samada saya layak atau tidak untuk temuduga sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 (Closing Date : Feb'08) Sekian, terima kasih | Salam sejahtera, Dimaklumkan kerja-kerja penyemakan dan tapisan permohonan sedang giat dilakukan sekarang. Berdasarkan jadual kami, temu duga bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 akan diadakan pada 18 April 2008. Calon-calon yang melepasi tapisan awal dan tersenarai sebagai calon temu duga akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh temu duga. | Lain-lain | 11.03.2008 |