Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : be ~ with envy, berasa sangat /iri hati, cemburu/: she will be ~ with envy when she hears of my success, dia akan berasa sangat iri hati apabila dia mendengar ttg kejayaan saya; /give, get /the ~ light, /memberikan, mendapat/ lampu hijau: we’ve been given the ~ light to build an extension to the house, kita telah diberi lampu hijau utk membina sambungan rumah itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. (of colour) hijau: ~ fodder, foder hijau; ~ apples are imported from Australia and the United States, epal hijau diimport dr Australia dan Amerika Syarikat; 2. covered with foliage, menghijau, kelihatan hijau: the ~ countryside, desa yg menghijau; 3. unripe, muda: ~ fruit, buah muda; 4. inexperienced, gullible, hijau, mentah, kurang pengalaman: the girl is so ~ that she will believe anything, budak perempuan itu terlalu mentah hinggakan dia mempercayai apa saja; 5. (rhet) flourishing, vigorous, fresh, segar: his memories of his youth are still ~, kenangan masa remajanya masih segar; 6. sickly looking, pale, pucat: he turned ~ when the sea got rougher, dia kelihatan pucat apabila laut menjadi semakin bergelora; 7. (of group or political party) pencinta alam; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. ( colour) hijau: a beautiful shade of ~, warna hijau yg cantik; 2. vacant area of grassland in village etc, padang: a funfair is to be held on the village ~, pesta ria akan diadakan di padang kampung itu; 3. (on golf-course) kawasan green: the 13th ~, kawasan green ke-13; 4. (in pl), a. edible leaves, sayur-sayuran: she makes sure her family eats ~s everyday, dia memastikan keluarganya makan sayur-sayuran setiap hari; b. decorative foliage, daun-daun hijau: she arranged some ~s in the vase, dia menyusun daun-daun hijau di dlm jambangan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata green


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green DesignIstilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk HijauPenyemakan dan penterjemahan26.06.2018
Mohon dapatkan terjemahan "Green Lungs" dalam konteks kawasan hijau perhutanan di dalam bahasa Melayu. "Jantung Hijau" atau "Paru-Paru Hijau" agak janggal.Belum ada maklumat tentang Green Lung dalam bahasa Melayu. Perkataan Lung diterjemahkan kepada Paru-paru, berkemungkinan bukanlah merujuk paru-paru itu secara fizikal tetapi fungsinya sebagaimana penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Secara harfiah Green Lung diterjemahkan kepada Paru-paru Hijau sama seperti rumah hijau (green home) dan pasir hijau (green sand) yang telah digunakan dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan27.01.2015
Bagi nama-nama gunung/pergunungan atau sepertinya, contohnya Blue Mountains, Green Mountains and Crazy Mountains di Amerika, perlukah diterjemah perkataan Blue, Green dan Crazy atau boleh saja diterjemah kepada Pergunungan Blue, Gunung Green dan Pergunungan Crazy?

Nama-nama bagi negara, negeri, daerah mahupun tempat adalah mengikut pengesahan yang telah diisytiharkan oleh badan-badan tertentu dalam satu-satu keadaan yang tertentu dalam masa-masa yang tertentu.  Tidak ada panduan yang khusus untuk pengisytiharan satu-satu nama tersebut.  Nama-nama ini hampir terkecuali daripada hukum-hukum dan pola bahasa dan penterjemahan. Nama tempat digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, tempat, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Justeru, kata nama khas yang merujuk nama tempat tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris.

Penyemakan dan penterjemahan19.10.2019
Adakah perkataan dalam BM untuk Putting Green selain pukulan leret?Putting green adalah istilah untuk sukan golf. Buat masa ini istilah pukulan leret digunakan. T.kasih.Makna06.08.2008
Adakah istilah "Go Green" bernaksud amalan hijau dalam bahasa melayu.
Menurut data kami, padanan Amalan Hijau adalah betul bagi perkataan "Go Green"
Makna23.11.2016
Bolehkah "Green Coral Lettuce" diterjemahkan sebagai "Salad Karang Hijau"?Salam sejahtera,


Puan,


Salad karang hijau boleh digunakan sebagai padanan untuk green coral lettuce.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain31.10.2019
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang.
2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair.
Istilah17.07.2012
tuan/puan/cik, Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut perkataan 'transportation' yang sesuai dengan ayat "Transportation into a narrative refers to the process by which an individual becomes immersed into a story, losing track of the real world as he or she experiences the unfolding events in the story (Gerrig, 1993; Green & Brock, 2000). Transportation is measured by asking viewers about the extent to which they forgot about their surroundings while viewing and felt present in the mediated environment they were viewing (Green & Brock, 2000)". Harap pihak DBP dapat membantu saya..Ini kerana makna sebenar 'pengangkutan' daripada transportation dilihat tidak sesuai dengan ayat tersebut. Terima kasih atas bantuan DBP.

Puan Suraini,

Dalam konteks ini padanan yang sesuai bagi perkataan transportation ialah 'penghayatan', dalam erti kata yang lain pembaca atau penonton akan berasa seolah-olah mengalami peristiwa yang diceritakan. 

Istilah29.06.2010
Fan Room,Fan smoke,MSB Room,Consumer HT Room,Pump Room,AHU,MATv/Telephone,Mechanical,HT Riser Shaft,Telephone Room,Hose Reel,MDF Room,genset Room,Elec Room,Elec Riser Shaft M&E Room,Wet Riser Pump Room,Lift Motor Room,Press Fan Room,Store,SESB Switching Room,Water Pump Room,SDF Room,Chiller Plant Room,Garbage Room,S&W Riser Shaft,Central Refuse Handling Room,SESB Matering Panel Room,Pressurization Duct,Matering Room,Air-Cond Genset Room,Green Room,Props Room,Projector Room,Function Room Store,Projector Control Room.Bilik Kipas,Asap Kipas,Bilik Papan Suis utama,Bilik Voltan Tinggi Pengguna,Bilik Pam,Bilik Unit pengelolaan Udara,Televisyen,Bilik Mekanikal,Aci Penaik Voltan Tinggi,Bilik Telefon,Gelung Hos,Bilik Kerangka Agihan Utama,Billik Janakuasa,Bilik Elektrik,Aci Penaik Elektrik,Bilik Mekanikal dan Elektrik,Bilik Pam Penaik Basah,Bilik Motor Lif,Bilik Kipas Tekanan,Stor,Bilik Pensuisan SESB,Bilik Pam Air,Bilik Kerangka Agihan Pelanggan,Bilik Loji Pendingin,Bilik Sampah,Aci Penaik Kumbah dab Sisa,Bilik Pengendalian Sampah Pusat,Bilik Panel Meter SESB,Saluran Tekanan,Bilik Meter,Bilik Janakuasa Penyaman Udara,Bilik Nanti Giliran,Bilik Alatan,Bilik Projektor,Stor Fungsi,Bilik Kawalan Projektor.Istilah28.04.2011
Di manakah penggunaan format Italic boleh digunakan dalam ayat. 1. Nama buku - Buku My Biography yang diterbitkan pada tahun lalu. 2. Kumpulan The New Generation bakal membuat persembahan di Kuala Lumpur bulan depan. 3. Dia belajar di University of London dalam bidang Kejuruteraan Kimia. 4. Perkataan `venue', `rating' dan 'tip' apakah perlu Italic atau kekal seperti biasa. 5. Gelaran seperti kumpulan The Red Warriors. 6. Anuar Manan yang digelar The Rocket Man. 7. Pada program Grammy Awards itu. 8. Seramai 450 penunggang basikal menyertai kejohanan sempena Taman Negara Green Jamboree itu. 9. Meskipun bermula hambar dengan double-bogey di lubang kedua, dia bangkit pada lubang seterusnya dengan lima birdy untuk mencatat tiga bawah par 68. Sekian terima kasih.Mengikut amalan penerbitan DBP, huruf italik atau huruf condong digunakan untuk menulis judul karya seni dan penerbitan, nama sains, dan sebagainya. Contoh judul karya seni dan penerbitan ialah judul buku, judul drama, nama akhbar, nama majalah, judul filem, dan nama lagu.  Untuk maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP tahun 1995, halaman 80.Lain-lain11.03.2012

Kembali ke atas