Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ together, berkumpul: ~ together in fives, berkumpul dlm kumpulan berlima; ~ st together, mengelompokkan sst: these topics are ~ed together under the same heading, topik-topik ini dikelompokkan di bawah tajuk yg sama; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ /around, round /, berkumpul di keliling: the boy scouts ~ed round the camp fire, budak-budak pengakap berkumpul di keliling unggun api itu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. number of people or things considered as a unit, kumpulan, kelompok; (of animals, buildings, trees, etc) kelompok: a ~ of students gathered outside the hall, sekumpulan pelajar berkumpul di luar dewan; children in the same age ~, kanak-kanak dlm kumpulan umur yg sama; what blood ~ are you?, apakah kumpulan darah kamu?; Sanskrit belongs to the Indo-European ~ of languages, Sanskrit termasuk dlm kumpulan bahasa Indo-Eropah; we came upon a ~ of monkeys near the waterfall, kami terjumpa sekelompok monyet dekat dgn air terjun; 2. a number of musicians who perform together, kumpulan: the hottest rock ~ in the country, kumpulan rock yg paling hangat di negara ini; 3. (of business companies) kumpulan: the Sime Darby ~, kumpulan Sime Darby; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt place into a group, mengumpulkan, mengelompokkan: they were ~ed according to their proficiency, mereka dikumpulkan mengikut umur; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata group


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Group Chief Executive Officer", "General Manager, Group Human Resource Management" dan "Assistant General Manager, Group Legal Counsel" ?Padanan bahasa Melayu untuk nama jawatan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. Group Chief Executive Officer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
2. General Manager - Pengurus Besar
3. Group Human Resource Manager - Pengurus Sumber Manusia Kumpulan
4. Assistant General Manager - Penolong Pengurus Besar
5. Group Legal Counsel - Penasihat Undang-Undang Kumpulan
Istilah27.02.2014
UCMAS Education Group Adalah satu intitute swasta yang memberi program mental aritmetik. Dalam process Semasa kita membuat lesen permohonan untuk papan tanda kami menghadapi beberapa masalah untuk mengesahkan cawangan yang kita miliki di bawah tajuk "Pusat Tuisyen" atau "Pusat Perkembangan Minda". Harap dapak bantuan daripada Dewan Bahasa Pustaka mengesahkan untuk saya. Terima Kasih.Pusat tuisyen ialah bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar (individu atau kumpulan kecil) bagi mata pelajaran tertentu. Pusat perkembangan minda memberikan tumpuan dalam memperkembangkan daya berfikir yang sama sekali tiada persamaan dengan pusat tuistyen.Lain-lain19.07.2012
"THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA REGIONAL GROUP" Apakah nama yang sesuai untuk di bahasa melayukan? Asalnya adalh:- "THE INSTITUTION OF STRUCTURAL ENGINEERS, MALAYSIA DIVISION" (INSTITUSI JURUTERA STRUKTUR, DIVISYEN MALAYSIA) Apakah kata yang tepat untuk "REGIONAL GROUP" untuk di bahasa melayu kan. Harap pihak tuan dapat membantu memandangkan REGISTRAR OF SOCIETY memerlukan nama ENGLISH & MELAYU serentak. Kami dalam proses menukar nama pertubuhan. Terima kasihDalam istilah Sains Politik, istilah South Asian Regional Cooperation (SARC) diterjemahkan kepada Kerjasama Serantau Asia Selatan. Berdasarkan data yang ada kami mencadangkan Malaysia Regional Group diterjemahkan kepada Kumpulan Serantau Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan07.05.2015
Tuan, apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel​"? Sekian.Cadangan kami bagi jawatan "Senior Vice President Group Legal & General Counsel​" ialah Timbalan Presiden Kanan Undang-undang Kumpulan dan Penasihat Undang-undang.
 
Tuan boleh merujuk Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)  untuk terjemahan bahasa Melayu yang lebih tepat  jika padanan yang kami cadangkan tidak bersesuaian dengan konteks tuan.

Penyemakan dan penterjemahan17.07.2014
Apakah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah 'practice group' yang sering digunakan di firma-firma guaman?Mengikut Kamus Dewan ‘practice group’ ialah ‘amalan berkelompok’.Istilah20.08.2014
Assalamualaikum warahmatullah. Soalan saya berada di dalam fail yang dilampirkan di sini. Terima kasih.Lazimnya perkataan group dan type diterjemahkan kepada kumpulan dan jenis. Blood Group diterjemahkan kepada Kumpulan Darah dan Blood Type kepada Jenis Darah dan Jenis Darah O+ atau sebagainya menjadi komponen kecil dalam unit tersebut.Penyemakan dan penterjemahan22.10.2015
Saya ingin mencari perkatan bahasa english berikut ke bahasa melayu: Pressure group Historical stories Livelihood

Sila berikan contoh ayat supaya pihak kami boleh memberikan terjemahan yang betul mengikut konteks ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun terjemahan yang sesuai bagi:

1. Pressure group - Kumpulan pendesak

2. Historical stories - Cerita sejarah

3. Livelihood - Mata pencarian atau punca pendapatan.

Makna16.04.2020
Saya ingin penjelasan berkaitan penterjemahan yang paling tepat bagi gelaran berikut: 1) Head, Group Human Resource Management Penterjemahan yang kami guna adalah: "Ketua, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan" Tapi ada yang kata penterjemahan yang tepat adalah "Ketua, Pengurusan Sumber TENAGA Manusia Kumpulan"Terjemahan yang sesuai bagi Head, Group Human Resource Management ialah Ketua Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Makna24.08.2017
Salam sejahtera, baru-baru ini frasa "the most vulnerable group" sering diungkapkan berkaitan dengan keadaan COVID-19. Namun, apakah padanan kata yang sesuai untuk kata "vulnerable" dalam konteks ini? Sekian, terima kasih.

Perkataan vulnerable boleh membawa pelbagai maksud, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. Namun, kami mencadangkan penggunaan istilah kumpulan paling berisiko sebagai padanan bahasa Melayu bagi most vulnerable group, iaitu kelompok individu yang mudah diserang penyakit (bidang Kejururawatan)

Istilah05.04.2020
Restoran Ideal Menu Group Sdn. Bhd.

 Makluman, untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).

Lain-lain05.06.2017
1234

Kembali ke atas