Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[guam] | ݢوام

Definisi : sl perselisihan, perkelahian, persengketaan (dlm mahkamah); berguam berselisih, berkelahi, bersengketa; guaman, perguaman persengketaan, perbicaraan (dlm mahkamah); pembantu ~ pegawai yg menyusun perjalanan perkara dlm mahkamah; peguam orang yg pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan guaman kpd pelanggannya, pengacara; ~ negara pegawai guaman tertinggi kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[guam] | ݢوام

Definisi : sj penyakit pd mulut, serawan, serjawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[guam] | ݢوام

Definisi : perselisihan pendapat; sengketa. berguam berselisih pendapat; bertengkar; bersengketa. guaman hal-hal yg dipertengkarkan; perkara dlm mahkamah. perguaman hal berselisih pendapat. peguam orang yg menjadi pembela atau pendakwa dlm sesuatu perkara di mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata guam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud "mitigasi"? Saya tidak dapat mencari perkataan ini dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata mitigasi bermaksud:

mitigasi ميتيڬاسي kata nama

1. tindakan mengurangkan kesan bencana, masalah dan sebagainya:

Contoh penggunaan:
a. Kerja-kerja mitigasi untuk kestabilan struktur di atas Bukit Relau dijangka siap pada bulan Jun ini.
b. Kegagalan mitigasi banjir di kawasan itu menjadi punca tanah runtuh.

2. usaha untuk mengurangkan atau meringankan hukuman:

Contoh penggunaan:
Perkhidmatan mitigasi bermaksud seseorang peguam mengemukakan sebarang rayuan untuk anak guam yang diwakilinya.
Makna15.12.2024

Kembali ke atas