Kami akan mengadakan belian hebat gudang pada tarikh bukan hari jualan yang ditetapkan oleh KPDNKK, apakah ayat tajuk yang sesuai diguna. Cadangan saya ialah BELIAN HEBAT GUDANG tetapi tidak lulus dari pihak PBT Terima kasih. | Pihak syarikat menawarkan jualan bukan belian. Frasa yang betul ialah Jualan Gudang (iaitu pihak syarikat) yang Hebat, dalam bentuk penamaan diringkaskan menjadi "Jualan Gudang Hebat". | Lain-lain | 22.04.2015 |
Jualan Gudang | Sila kemukakan pormohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 11.05.2015 |
Jualan Gudang Hebat | Sila kemukakan pormohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 11.05.2015 |
Jualan Gudang Hebat! | Sila kemukakan pormohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 11.05.2015 |
Jualan Jus Gudang Setiap Jumaat & Sabtu 9AM - 4PM | Pembetulan: 1. JUALAN GUDANG JUS 2. SETIAP JUMAAT DAN SABTU 3. 9 PG. - 4 PTG. 4. TEL.: Sila buat pembetulan pada visual yang dilampirkan, setelah itu kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat DBP. | Tatabahasa | 07.12.2015 |
Company saya mahu buat jualan gudang di shah alam, nak tahu macam mana untuk mendapatkan pengesahan bahasa Banner dan Bunting kami untuk jualan gudang dari pihak Dewan Bahasa dan Budaya? sila beritahu cara cara untuk permohonan. | Sila buat permohonan melalui https://dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR AKAUN > AKTIFKAN AKAUN> DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik visual iklan mengikut format JPEG, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Tuan akan menerima makluman "Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya". Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses. | Lain-lain | 09.06.2025 |
Saya membuka satu gudang/kedai di rumah kedai, namun begitu tidak pasti apa nama yang sesuai untuk digunakan. kami hanya mengumpul dan membungkus semula makanan seperti sayur, buah, ikan dan ayam yang akan kami jual melalui Truck. jadi apakah kategori gudang/kedai saya ini? dan kategori apa yang sesuai sekiranya ingin memohon perlesenan Majlis Perbandaran Tempatan. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks perniagaan puan, kami mencadangkan keterangan aktiviti perniagaan puan sebagai PUSAT PEMBUNGKUSAN MAKANAN. Jenis/kategori iklan ialah Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. | Lain-lain | 18.03.2021 |
Salam Sejahtera , saya ingin dapatkan ejaan jawi untuk 1) NINJAVAN 2) PEJABAT URUSAN DAN GUDANG 3)DIMILIKI OLEH: NINJA LOGISTICS SDN.BHD. | Ejaan Jawi bagi NINJAVAN ialah نينجاۏن Ejaan Jawi bagi PEJABAT URUSAN DAN GUDANG ialah ڤجابت اوروسن دان ݢودڠ Ejaan Jawi bagi DIMILIKI OLEH: دميليقي اوليه Ejaan Jawi bagi NINJA LOGISTICS SDN. BHD. ialah نينجا لوڬيستيک س سنديرين برحد
| Ejaan | 09.09.2021 |
Mohon semakkan penggunaan bahasa. | 1. JUALAN GUDANG PARKSON 2. DIS. (mesti letak titik) Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my klik "Daftar Akaun" bagi pelanggan kali pertama. Pilih "Daftar IKlan" dan klik jenis iklan - papan premis. | Lain-lain | 05.12.2017 |
1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung ________ melihatnya. Apakah perkataan itu, jika "tempang" salah. 2. Beratus-ratus bungkus tepung dandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. Adakah ayat in betul? 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. Adakah ayat in betul? Terima kasih! | 1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung meluat/menyampah melihatnya. 2. Beratus-ratus bungkus tepung gandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. - ayatini kurang tepat, sila baiki ejaan dan penggunaan kata sendi nama di ditukar kepada di dalam. 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. - ayat ini juga kurang tepat. Ditunjukkan bermaksud diperlihatkan, sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.03.2012 |