Buah kelapa itu gugur lalu jatuh ke dalam sungai.Ayat ini ada kesalahan atau tidak ? Bolehkah saya menggunakan gugur dan jatuh dalam ayat ini ?Terima kasih. | Saudara, Ayat tersebut betul. Perkataan gugur boleh juga digantikan dengan perkataan luruh. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Buah kelapa itu gugur lalu jatuh ke dalam sungai.Ayat ini ada kesalahan atau tidak ? Bolehkah saya menggunakan gugur dan jatuh dalam ayat ini ?Terima kaish. | Saudara, Ayat tersebut betul. Perkataan gugur boleh juga digantikan dengan perkataan luruh. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
Mengapa T tidak gugur apabila menerima imbuhan awalan pen contohnya pentadbir | Huruf t tidak gugur apabila menerima imbuhan seperti dalam perkataan tadbir (yang merupakan kata pinjaman), menjadi pentadbir. Ini adalah untuk mempertahankan etimologi kata asalnya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 110. | Tatabahasa | 29.07.2008 |
Selamat pagi dan salam sejehtera, Saya ingin mengemukakan tiga soalan: 1)Hati Johan cerah setelah mendengar cerita itu. 2)Kandungan kakak gugur ketika berusia dua bulan. Adakah betul penggunaan perkataan cerah dan gugur dalam ayat tersebut? Mengapa? 3)Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah tua atau ketua Terima kasih. | 1. Perkataan cerah tidak sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan. Perkataan yang lebih tepat ialah lega. 2. Penggunaan perkataan 'gugur' adalah betul. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud 'gugur' ialah lahir sebelum cukup bulan (anak kecil). 3. Kata dasar bagi perkataan diketuai ialah ketua. | Makna | 19.10.2011 |
Buah durian jatuh pada waktu malam. munsyi, adakah jatuh salah dalam ayat ini memandangkan jatuh bermaksud 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jatuh bermaksud turun ke bawah dengan cepat (berkenaan buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh. Gugur bermaksud jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb. jatuh dari pohon (tentang buah, daun dsb; luruh. Luruh pula bermaksud gugur kerana sudah masak (buah-buahan). Berdasarkan maksud yang diberikan, penggunaan perkataan 'jatuh' tidak salah. Walau bagaimanapun, 'jatuh' dan 'gugur' tidak merujuk kepada buah yang telah masak, sementara 'luruh' merujuk kepada buah yang sudah masak. | Makna | 07.02.2012 |
Apakah huruf t dalam tafsir gugur apabila diimbuhkan dengan awalan me? Terima kasih | Tidak digugurkan huruf t dalam ejaan mentafsirkan kerana perkataan tersebut dikira sebagai perkataan asing, (bahasa arab). | Ejaan | 20.11.2006 |
assalamualaikum. pertanyaan tentang penggunaan 'menjolok mata' dan 'mencolok mata'... yang manakah lebih tepat? | Puan Ramlah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Perkataan menjolok membawa makna menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll: kalau engkau hendak ~ buah rambutan itu carilah galah yg panjang sedikit; 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll); 3. memancing-mancing keterangan dll drpd orang, mengajuk atau menduga (hati orang); ~ alang (orang) yg sangat tinggi; ~ anak menggugurkan kandungan; ~ hati mengajuk hati; ~ mata a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; b) memberi malu, menyakitkan hati; ~ sarang tebuan prb melakukan sesuatu yg mendatangkan bahaya; yg dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas prb keuntungan yg diharap-harapkan tidak didapat, sedangkan modal atau alat utk mendapatnya hilang juga; Manakala perkataan mencolok membawa makna mencucuk (menusuk); 2. = ~ mata a) mencucuk mata; b) ki tampak jelas, kelihatan jelas benar; c) membangkitkan marah orang yg melihat, menyakitkan hati, memberi malu: apabila berlaku peristiwa-peristiwa yg ~ mata, menyakitkan hati, kita hanya menggeleng-gelengkan kepala sahaja. Oleh itu perkataan mencolok mata adalah lebih tepat daripada menjolok mata. | Makna | 07.03.2009 |
Huruf PKTS akan digugurkan apabila bertemu dengan imbuhan peN.... Contoh: sapu> penyapu, pakai> pemakai, tarik> penarik, kawal> pengawal. Mengapa hal ini tidak berlaku pada perkataan pentadbir, pentafsir, penterjemahan adakah kerana perkataan tersebut kata pinjaman? terima kasih | Awalan huruf pkts tidak akan gugur apabila menerima imbuhan bagi kata pinjaman bertujuan mempertahankan etimologi kata asalnya. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Hal ini bermakna, yg betulnya ialah memerdaya, menadbir, dan sebagainya. JIka salah, mengapa pula demikian? | Kata daya apabila mendapat imbuhan menjadi berdaya, memperdaya, mendayai Tidak ada bentuk memerdaya. Tadbir apabila menerima imbuhan meN menjadi mentadbir. Huruf t dalam kata tadbir tidak gugur apabila mendapat imbuhan meN. | Tatabahasa | 05.10.2007 |
Perbezaan menjolok mata dengan mencolok mata | Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll). | Makna | 30.07.2008 |