Dalam dokumen rasmi kerajaan perlukah perkara berikut di-italic kan atau tidak? 1. Nama projek atau inisiatif dalam KKM : Online Healthcare Services Regulatory Lab 2. Nama dokumen garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM : Guideline for Online Healthcare Services In the Ministry of Health Regulatory Lab 3. Nama dokumen seperti di (2) yang telah dipendekkan : OHS RegLab Guideline 4. Nama jawatankuasa atau majlis dalam KKM : Jawatankuasa Technical Working Group Online Healthcare Services, Malaysian Medical Council 5. Singkatan bagi nama khas, contohnya nama majlis dalam Bahasa Inggeris: a. MMC (iaitu kependekkan bagi Malaysian Medical Council). b. Nama dokumen, contohnya Dokumen Terma dan Syarat (terms and conditions): Dokumen T&C. Terima kasih | Merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.09.2022 |
Boleh saya dapatkan bantuan untuk translasi bagi perkataan "Gender Dysphoria" untuk kegunaan dalam modul guideline. Terima Kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gender dysphoria ialah disforia jantina. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.03.2023 |
Saya telah bertanyakan soalan berikut "Boleh saya dapatkan bantuan untuk translasi bagi perkataan "Gender Dysphoria" untuk kegunaan dalam modul guideline." pada 26 Mac 2023 yang lalu, namun masih belum mendapat jawapan dari pihak DBP. Boleh saya dapatkan bantuan bagi mempercepatkan proses ini. Terima Kasih! | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gender dysphoria ialah disforia jantina. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.04.2023 |