Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula I

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Mana satukah ayat yang tepat? “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” 2) Ini kuih kegemaran saya. Ia berbentuk bulat” Adakah penggunaan “ia” dalam ayat ini betul?1.  “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” Kedua-duanya boleh digunakan. Ayat kedua menunjukkan penegasan dalam ayat.

2. Penggunaan yang betul ialah: Ini kuih kegemaran saya. Kuih ini berbentuk bulat.
Tatabahasa05.05.2021
Salam, Dalam novel, 'Magical Candies' diterjemahkan ke 'Gula-guna Ajaib' atau 'Gula-gula Sihir', yang mana lebih tepat? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah gula-gula ajaib.Istilah07.10.2016
"Healthy Low Sugar" - sepatut menterjemah ke 1. Rendah Gula Sihat 2. Gula Rendah Sihat 3. Sihat Gula Rendah 4. Sihat Rendah Gula

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk healthy low sugar ialah "kandungan gula rendah yang sihat" bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau aras bahasa.

Makna25.02.2022
Salam Sejahtera. Mohon tanya mcm mana translate "Bubble Gum" fragrance in BM ? Is "beraroma bubble gum" or beraroma gula-gula berletup"?

Cadangan yang boleh digunakan mengikut konsep dan konteks ayat yang sesuai ialah “beraroma gula-gula getah”.

Istilah25.03.2024
menambah gula dalam air kopi / menambah gula di dalam air kopi / menambah gula pada air kopi Yang mana betul? minta berikan sikit penjelasan. terima kasih encik/puan.
Ayat "menambah gula ke dalam air kopi"  lebih tepat digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya.
Tatabahasa09.11.2022
adakah sejemput gula bermaksud sama dengan secubit gula? terima kasihSejemput bermaksud sebanyak yang dapat diambil dengan hujung jari, manakala secubit ialah sebanyak yang dapat disepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari lain. Oleh itu, sejemput gula lebih banyak kuantitinya daripada secubit gula.Tatabahasa14.04.2010
membeli banyak gula atau membeli gula yang banyak. Mana satu betul. Apakah prinsip kata kerja transitif yang perlu digunakan.

Yang betul ialah "membeli banyak gula".

Kata kerja Transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku

Tatabahasa21.05.2008
frasa. ditambah dengan air dan gula atau ditambah air dan gula?Ditambah dengan air dan gula.Tatabahasa08.05.2014
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, ter­lalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. Tatabahasa20.08.2010
Apakah perbezaan penggunaan antara memamah dan mengunyah? Terima kasih.Kamus Pelajar mentakrifkan memamah sebagai menghancurkan (makanan dll) di dalam mulut dengan gigi; mengunyah: Dia ~ gula-gula itu, bukan menghisapnya.

Manakala mengunyah bermaksud menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah: Makanan hendaklah dikunyah lumat-lumat sebelum ditelan.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa17.07.2014
1234567

Kembali ke atas