1) Mana satukah ayat yang tepat? “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” 2) Ini kuih kegemaran saya. Ia berbentuk bulat” Adakah penggunaan “ia” dalam ayat ini betul? | 1. “Gula-gula ini rasa manis” atau “Gula-gula ini rasanya manis” Kedua-duanya boleh digunakan. Ayat kedua menunjukkan penegasan dalam ayat. 2. Penggunaan yang betul ialah: Ini kuih kegemaran saya. Kuih ini berbentuk bulat. | Tatabahasa | 05.05.2021 |
"Healthy Low Sugar" - sepatut menterjemah ke 1. Rendah Gula Sihat 2. Gula Rendah Sihat 3. Sihat Gula Rendah 4. Sihat Rendah Gula | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk healthy low sugar ialah "kandungan gula rendah yang sihat" bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau aras bahasa.
| Makna | 25.02.2022 |
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang | Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
Dalam ayat di bawah ini perkataan "sap" telah dipadankan sebagai "nira". Melalui semakan kami terdapat padanan "sap" dalam bahasa Melayu iaitu "sap". Jika kami menggunakan padanan sap tersebut dalam ayat di bawah ini adakah betul dari sudut konteksnya: 127. (1) Gula kabung shall be the sugary product made from the sap of the male inflorescence of the palm Arenga pinnata. 127. Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan sap membawa maksud juice, fluid circulating through plant, sap. Sap juga mempunyai padanan dalam istilah bahasa Melayu dalam bidang Perubatan. Oleh itu, perkataan sap boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penulisan. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ayat tersebut diolah kepada Gula kabung ialah produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. | Istilah | 04.06.2021 |
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail itu Soalan saya yang sebelumnya tidak dijawab | Akar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar. | Tatabahasa | 01.09.2017 |
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail itu | Akar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. | Tatabahasa | 04.08.2017 |
yang mana betul? Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. atau Emak membeli satu kilogram setengah gula di kedai. Saya mempunyai koleksi lagu-lagu P.Ramlee. atau Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee. | Yang betul ialah; 1. Emak membeli satu setengah kilogram gula di kedai. 2. Saya mempunyai koleksi lagu P.Ramlee. | Tatabahasa | 19.05.2007 |
Adakah penggunaan perkataan "kencang" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. 1) Wanita itu merangkul bayinya dengan kencang agar tidak terjatuh ke lantai. 2) Salun kecantikan itu menawarkan perkhidmatan yang membolehkan pelanggan memiliki kulit muka yang kencang. Adakah penggunaan perkataan "larut" dalam ayat di bawah sesuai atau tidak?Mohon penerangan yang lebih lanjut daripada pihak tuan sekiranya membuat ulasan. - Gula-gula itu larut kerana terdedah kepada cahaya matahari. Adakah kedua-dua ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur ayat?Jika ada mohon pihak tuan perbetulkan dan mengapa ayat tersebut salah(Jika ada). - Pesawat ringan yang para pemain naiki itu terhempas akibat cuaca buruk. | Ayat pertama dan kedua betul dari segi makna perkataan, tetapi lazimnya masyarakat tidak menggunakan perkataan "kencang" dalam ayat tersebut dan tidak sesuai digunakan. Dalam ayat pertama perkataan "erat" lebih sesuai digunakan kerana perkataan "erat" digunakan secara lazim dalam kehidupan seharian. Manakala dalam ayat kedua pula, perkataan tegang lebih sesuai digunakan berbanding perkataan kencang. Penggunaan perkataan larut tidak sesuai dalam ayat tersebut. Perkataan yang lebih tepat ialah cair. Ayat keempat adalah betul. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Salam 1 Malaysia..saya ingin kemukakan pertanyaan. Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita _________ rasanya kerana tidak dibubuh gula. A manis B masin C pahit D masam # bolehkah pahit dikira sebagai jawapan?harap DBP boleh membantu memberi jawapan tepat | Ayat yang betul dari segi tatabahasa dan aspek makna ialah: Air teh yang dibancuh oleh Cik Anita pahit rasanya kerana tidak dibubuh gula. | Makna | 16.10.2014 |
1. Perkataan 'koko' adakah satu istilah bagi nama warna? 2. Apakah beza warna koko dan coklat? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, koko bermaksud 1. sj tumbuhan (pokok) yg bijinya dijadikan serbuk utk dibuat minuman (coklat dll), coklat, Theobroma cacao; 2. serbuk yg diperoleh drpd biji koko setelah dipanggang dan dikisar, digunakan utk membuat coklat; 3. sj minuman (panas atau sejuk) yg dibuat drpd serbuk koko dan susu atau air. Manakala coklat bermaksud 1. sediaan makanan yg dibuat drpd biji koko panggang yg dikisar, biasanya dimaniskan dan dibubuh perisa; 2. minuman yg dibuat dgn membancuh coklat dgn air panas atau susu; 3. gula-gula yg dibuat drpd, atau disalut dgn, coklat; 4. = warna ~ warna perang tua; warna ~ tua warna coklat yg sangat gelap. Kebiasaannya dalam konteks nama warna, istilah coklat lebih tepat. | Lain-lain | 08.06.2010 |