apakah perbezaan dan penggunaan penjodoh bilangan untuk gulung dan gelung | Perbezaan gelung dan gulung bergantung pada penggunaannya dari segi bentuk dan saiz. Gulung ialah benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat, seperti dawai, kain dan sebagainya manakala gelung ialah lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); contohnya sanggul ~ kondai, sanggul; | Istilah | 12.05.2009 |
Apakah cadangan nama utk hidangan berasaskan sosej berikut? Sy berminat utk menggunakan terjemahan seperti yg sy sertakan. 1) sausage roll - sosej gulung, rol sosej. 2) pigs in a blanket (hidangan Amerika) - sosej gulung balut. 3) pig in blankets (hidangan British) - sosej balut, sosej gulung dendeng/bakon. 4) sausage bread - roti sosej. | Padanan nama hidangan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. sausage roll - rol sosej 2. pigs in a blanket - sosej gulung 3. pig in blankets - sosej gulung 4. sausage bread - roti sosej Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my. | Makna | 28.08.2024 |
Yang manakah terjemahan yang sesuai perkataan chicken wrap; roti gulung ayam atau roti balut ayam? | Cadangan terjemahan untuk "chicken wrap" ialah "Roti Gulung Ayam." | Penyemakan dan penterjemahan | 09.07.2022 |
Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung.... | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Lain-lain | 26.08.2015 |
Salam, saya ingin bertanya mengenai terjemahan bagi 'chicken roll'. adakah bermaksud ayam gulung atau rol ayam dalam bahasa melayu? Harap pihak tuan dapat membantu. Ini adalah untuk ejaan pelabelan makanan. sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi chicken roll ialah ayam gulung | Makna | 11.08.2022 |
Tuan, apakah jawapannya... Ayah menggunakan se___________- dawai untuk menbuat ampaian. gulung atau gelung. Dalam kamus kedua-duanya boleh diterima. ( dalam soalan menunjukkan seorang lelaki sedang memegang _________ dawai dan memasang dawai itu pada ampaian. ) | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikitr ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, jika gambar tersebut menunjukkan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
Manakah yang betul 1. Ayah menyuruh Ali menggelung atau menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gelung atau gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung atau digelung semula. | Ayat yang betul; 1. Ayah menyuruh Ali menggulung dawai ampaian yang terurai itu. 2. Ayah menggunakan setengah gulung dawai untuk membuat ampian, kemudian yang selebihnya digulung semula. | Tatabahasa | 02.08.2009 |
maksud perkataan "selingkar" | Lingkar bermaksud gulung dan kata terbitan selingkar (daripada lingkar) boleh membawa maksud segulung. | Makna | 28.08.2009 |
Apakah penjodoh bilangan bagi permaidani/karpet? Adakah bidang, helai, hampar atau gulung? Terima kasih | Tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan kerana penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda, konteks penggunaan dan kesesuaian dalam ayat. Contohnya, jika permaidani tersebut dalam bentuk gulungan, penjodoh bilangannya ialah segulung permaidani. | Tatabahasa | 09.06.2021 |
Tuan,Saya ingin bertanya soalan ini? Ayah menggunakan se ________________ dawai untuk membuat ampaian. jawapannya gelung atau gulung dalam kamus dewan kedua-duanya menuju kearah itu . | Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul. | Tatabahasa | 29.07.2009 |