| Apakah perbezaan nuansa antara cengkaman tangan, genggaman tangan, genggam, cengkam, kepalan tangan dan gumpalan tangan yang direkodkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti maksud sama? | Salam sejahtera, Kata-kata ini mempunyai perkaitan makna namun terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi cara perbuatan itu dilakukan. Kata cengkaman ditakrifkan sebagai perbuatan atau hal memegang sesuatu dengan kuat menggunakan kuku, gigi dsb. Kata genggaman pula melibatkan penggunaan tangan yang dikepalkan untuk memegang sesuatu. Kata genggaman, kepalan dan gumpalan juga mempunyai makna "kepalan tangan seperti hendak menumbuk", misalnya dalam ayat "Roslan membalas kata Izuan sambil menunjukkan genggaman tangannya." Namun begitu, penggunaannya bergantung juga pada konteks penggunaannya. Tuan/Puan bolehlah merujuk kamus terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020) yang merakamkan lebih daripada 120,000 kosa kata termasuklah kata umum, istilah, dialek dan slanga untuk rujukan pengguna. | Makna | 17.11.2025 |
| salam.apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk batu.sebiji atau seketul?Atau kedua-duanya boleh digunakan?tq | Sebiji batu dan seketul batu, kedua-duanya betul. Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu dan jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu. | Tatabahasa | 10.08.2011 |
| Salam, betulkah penggunaan penjodoh bilangan dalam ayat ini? - Chu Yong menyorok di belakang seketul batu besar. Terima kasih. | Jika dalam saiz yang kecil lazimnya digunakan sebiji batu, jika dalam bentuk gumpalan seperti tanah boleh digunakan seketul batu dan sekiranya besar sehingga orang boleh menyorok di belakang, tidak perlu diletakkan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 11.08.2014 |
| perkataan seerti dengan perkataan tumpang | Tidak ada perkataan khusus yang seerti dengan perkataan tumpang kerana penggunaan perkataan tumpang boleh membawa pelbagai maksud dalam konteks tertentu. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, tumpang mempunyai 6 tafsiran, iaitu: 1. Berada (terletak, terdapat) di atas sesuatu. Contoh ayat: gumpalan awan hitam sebagai kepala raksasa tumpang di atas puncak gunung. 2. Menaiki kenderaan (kereta, kapal dsb) untuk berpergian. Contoh ayat: Kalau masih ada tempat, saya mahu tumpang kereta api senja. 3. Turut tinggal (bermalam dsb) sementara di rumah orang; singgah (bermalam, tinggal) untuk sementara. 4. Berpergian dengan menaiki kenderaan (kereta) orang lain dengan percuma. 5. Meminta atau memohon supaya diizinkan (berjalan, bertanya dsb). 6. Bersama-sama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta. Saudara juga boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1733. | Istilah | 18.02.2009 |