Salam, apakah terjemahan untuk perkataan "stun gun" dan "stun belt". Terima kasih. | Untuk makluman puan, istiah stun gun dan stun belt tiada dalam data kami. Walau bagaimanapun, cadangan kami untuk istilah stun gun ialah pistol pegun manakala stunt belt ialah tali pinggang pegun. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2014 |
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu yang setara dengan "light-gas gun"? | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "light-gas gun" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "light gas", iaitu gas ringan. Padanan bahasa Melayu untuk "gun" ialah penembak, pistol dan penujah. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penembak gas ringan. | Istilah | 16.02.2013 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah "swivel gun"? | waalaikumsalam, "swivel gun" merujuk kepada Meriam. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh rujuk artikel ini https://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3188/1/MelayuSudahLamaAdaSenjataApi.pdf | Istilah | 22.03.2020 |
Apakah padanan yang bersesuaian bagi istilah "machine gun"? Mesingan? | Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan yang sesuai bagi machine gun ialah mesingan | Makna | 13.10.2017 |
Salam.. Apakah istilah yang betul dalam Bahasa Melayu bagi "glue gun"? Gam pistol elektrik yang biasanya digunakan untuk kerja-kerja kraft. Terima kasih. | Padanan glue gun dalam bahasa Melayu ialah pistol gam. | Istilah | 30.01.2019 |
Salam sejahtera, Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Assalamualaikum, Tiada istilah “gun-jumping" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan. Terima kasih. | Istilah | 30.12.2017 |
Salam sejahtera, Soalan ini pernah saya ajukan pada bulan Januari 2018 tetapi belum mendapat jawapan yang pasti dari pihak DBP. Oleh itu, saya ajukan soalan ini semula. Bolehkah "gun-jumping" diterjemahkan sebagai "urus niaga terburu-buru". Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Maksud: 1. The illegal practice of soliciting orders to buy a new issue before registration of the initial public offering (IPO) has been approved by the Securities and Exchange Commission (SEC). 2. Trading securities on the basis of information that has not yet been disclosed to the public. Sumber: www.investopedia.com/terms/g/gunjumping.asp Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Inggeris terbitan DBP, jump the gun membawa maksud bertindak sebelum masanya. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.11.2018 |
Salam tuan, Saya ingin bertanya apakan padanan yang paling sesuai untuk menterjemah keterangan berikut: The blades are machined plates that turn, to move the rounds to the primary feeder. Keterangan ini adalah berkaitan dengan pemasangan dan pengisian peluru dalam mesin gun automatik. Terima kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan yang telah dibuat dari aspek penggunaan kata dan ayat. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |