| Adakah ayah di bawah betul? 1. Mereka yang dingin sifat badannya sering mengalami sakit sendi. 2. Wanita yang dingin sifat badannya boleh meminum air soya. 3. Merujuk kepada ayat-ayat di atas, adakah benar bahawa tidak boleh guna "nya" lagi (badannya). Terima kasih Terima kasih. | -nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam. Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 12.01.2018 |
| Boleh ke guna membawa'nya' sebab setahu saya 'nya' hanya boleh digunakan untuk manusia. Perlu tambah 'ke' sebelum pusat kitar semula sebab sudah ada 'ke' sebelum tempat pelupusan sampah? Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawanya ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. | Ayat yang betul ialah Mereka terlalu malas untuk menanam sampah sarap apatah lagi membawa sampah tersebut ke tempat pelupusan sampah atau ke pusat kitar semula. Kata sendi ke perlu diulang bagi menunjukkan tempat atau arah seperti yang diterangkan dalam Tatabahasa Dewan halaman 267. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
| Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih | guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); | Makna | 05.12.2007 |
| Tuan, saya difahami bahawa: (1) dengan ialah kata sendi yang perlu diikuti kata nama. Dalam hal ini, lancar dan meriah ialah kata adjektif. oleh itu, perlukah kita tambah -nya bagi kata adjektif ini jika depan ialah kata sendi dengan? contoh: (i)Program itu dijalankan dengan lancarnya dan meriahnya atau (ii) Program itu dijalankan dengan lancar atau meriah? (yang mana betul) (2) dijalankan ialah kata kerja pasif bagi kata kerja aktif transitif bagi menjalankan. Oleh itu, bolehkah kita menggunakan : i) Program itu dijalankan dengan lancarnya atau perlu guna ii) Program itu berjalan dengan lancarnya? (yang mana betul) Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | Jawapan yang betul seperti yang berikut: 1. Program itu dijalankan dengan lancar dan meriah. 2. (i) Program itu dijalankan dengan lancar (ii) Program itu berjalan dengan lancar.
| Tatabahasa | 30.07.2023 |
| Saya keliru dengan ayat ini : "Bagaimanakah anda menjana gelagat staf anda untuk mencapai kemerlangan organisasi?" Adakah "menjana gelagat" dalam ayat / soalan ini maksudnya sama dengan "to empower" dalam B. Inggeris ? Harap pihak tuan dapat membantu menjelaskan. | 1. "empower” membawa maksud : =vt memberikan kuasa kpd, memberi [sso] kuasa: he ~ed his lawyer to sell his house, dia memberikan kuasa kpd peguamnya utk menjual rumahnya; he is ~ed to act on behalf of the organization, dia diberi kuasa utk bertindak bagi pihak organisasi itu. 2. "menjanakan" pula memberi makna = menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; 3. Kamus Dewan pula mendefinikan perkataan “gelagat” sebagai :a) tanda (akan terjadinya sesuatu): melihat ~nya, perang dunia mungkin akan meletus juga; b) tingkah laku, gerak-geri: ~nya membayangkan bahawa ia tetap akan mempertahankan maruah keluarganya. Jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa menjana gelagat tidak membawa makna "to empower" dalam bahasa Inggeris. Sekian, terima kasih. | Makna | 25.06.2008 |