perkataan siar kaki@siarkaki; perkataan guna sama@gunasama; penggunaan "double kk" cth menggunakan tq | Siar kaki dan guna sama. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama 3. Micro Precision - Kejituan Mikro | Istilah | 11.01.2016 |
Saya ingin pencerahan tentang penggunaan bahasa. Nama hostel dalam bahasa Inggeris ialah The One Co-living Space. Jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, bolehkah dikekalkan beberapa perkataan Inggeris seperti Ruang Inap Co-Living The One? Untuk makluman, The One adalah nama khas yang dirujuk kepada nama pengusaha/syarikat iaitu The One Academy. | Kami mencadangkan padanan “Ruang Kongsi The One” atau “Ruang Guna Sama The One”. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2023 |
Salam sejahtera, 1. Pak Salim menyiram sayur supaya tumbuh segar.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak sayur yang sama jenis, jadi guna sayur atau sayur-sayur ?). 2. Seorang pekerja menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sabit.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak rumput,jadi guna perkataan rumput atau rumput-rumput?) 3. Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput-rumput yang disabit.(dalam ayat sudah ada perkataan penuh, jadi guna rumput atau rumput-rumput?)(belakang perkataan disabit perlu ditambah dengan subjek? atau memadai dengan disabit. Sekian, terima kasih. | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sayur-sayuran ialah sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur, maka yang betul ialah sayur-sayuran untuk menunjukkan bermacam-macam sayur. 2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud rumput ialah tumbuh-tumbuhan yang kecil, maka perkataan rumput sudah memadai untuk menunjukkan banyak. 3. Ayat yang betul ialah Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang disabitnya | Tatabahasa | 21.02.2020 |
Salam. Ini satu pertanyaan tentang penggunaan perkataan 'baharu'. Adakah perkataan masih digunapakai sekarang? Sebab kadang-kadang saya keliru sama ada guna 'baru' atau 'baharu'. Terima kasih. | Salam sejahtera, Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2019 |
1. Bagaimanakah dapat membezakan antara kata sendi "untuk" , "demi" dan "bagi". Harap dapat penjelasan. | Untuk dan bagi membawa maksud yang sama, iaitu guna, bagi, buat; demi = sebaik sahaja, pada ketika, kerana, untuk. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Kita dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Bolehkah "...dapat mendapat..." guna dalam ayat yang sama? | Ayat yang betul ialah “Kita mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan” dan lebih baku daripada “Kita dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan”. Tidak ada penggunaan ...dapat mendapat... secara serentak. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
Selamat sejahtera DBP. Pertanyaan saya, apakah pilihan kata sendi yang tepat bagi ayat "Kakak tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pengajian di /ke Australia atau New Zealand". Saya telah rujuk khidmat nasihat yang terdahulu, ada yang guna "di" ada yang guna "ke". Penggunaan kedua-dua perkataan ini lebiih kurang sama, iaitu untuk tempat & arah- tempat & waktu. Apakah konteks ayat yang membezakan penggunaan kedua-duanya? | Kata sendi nama di digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti Kakak saya tinggal di Kuantan, manakala kata sendi nama ke digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, seperti Kakak akan ke Kuantan esok. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah Kakak tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pengajian di Australia atau New Zealand. Untuk lebih jelas, bandingkan dengan ayat Kakak akan ke Australia untuk melanjutkan pelajaran. | Tatabahasa | 02.11.2021 |
apakah perbezaan patik dan hamba ? guna patik bila pembesar , temenggung cakap dengan sultan. guna hamba bila rakyat biasa cakap dengan sultan. betulkah ? | Perbezaan makna "patik" dan "hamba" yang saudara berikan adalah tidak tepat. Perkataan "patik" digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan manakala "hamba" digunakan semasa perbualan dalam kalangan rakyat biasa sesama mereka. Maka, "hamba" adalah tidak sama penggunaannya dengan "patik". | Makna | 11.07.2014 |
Salam, saya ingin bertanya adakah perkara seperti lampiran yang disertakan ini betul dan boleh digunapakai dalam urusan rasmi & adakah perkataan berikut dieja rapat atau sebaliknya: 1)gunatanah 2)maklumbalas 3)kacauganggu 4)sama atau sama ada | 1. Pembetulan yang telah dibuar seperti Lampiran adalah betul. 2. Guna tanah, maklum balas, kacau ganggu, sama ada | Ejaan | 21.09.2015 |